Skip to main content

Singapura

22 dikejarkan ke hospital susuli kemalangan di AYE

Seramai 22 individu dikejarkan ke dua buah hospital menyusuli kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada pagi Khamis (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
22 dikejarkan ke hospital susuli kemalangan di AYE

Dua bas Causeway Link terlibat dalam kemalangan di AYE pada 17 April 2025. (Gambar: Facebook/Both Checkpoint/Xue Er, Derrick Yip)

Diterbitkan : 17 Apr 2025 08:03PM Dikemas Kini : 17 Apr 2025 08:04PM
SINGAPURA: Seramai 22 individu dikejarkan ke dua buah hospital menyusuli kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada pagi Khamis (17 Apr).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan pada pukul 7.55 pagi tadi mengenai kemalangan yang berlaku di AYE menghala ke Ekspreswe Central (CTE) sebelum susur keluar Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

Sembilan orang dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH) oleh SCDF, manakala lagi 13 individu dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH).

Dalam video yang dimuat naik ke laman Facebook 'Both Checkpoint', sebuah van, lori dan dua bas Causeway Link dilihat di tempat kejadian.

Beberapa orang dilihat duduk di atas jalan raya, manakala sejumlah motosikal diletakkan di tepi jalan raya.

Dalam satu lagi catatan yang dimuat naik ke laman Facebook tersebut, beberapa orang dilihat berlegar-legar di tempat kejadian. Cermin depan bas Causeway Link yang berwarna kuning juga kelihatan dalam keadaan retak.

Mediacorp sudahpun menghubungi polis dan Causeway Link untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita