215,730 ruang disediakan bagi solat Aidiladha di 66 masjid
Daripada jumlah tersebut, 52 masjid akan mengerjakan sekurang-kurangnya dua sesi solat pada pagi Hari Raya Haji (10 Jul).
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Masjid Sultan Singapore
SINGAPURA: Sebanyak 215,730 ruang solat Aidiladha akan disediakan di 66 masjid merata Singapura.
Daripada jumlah tersebut, 52 masjid akan mengerjakan sekurang-kurangnya dua sesi solat pada pagi Hari Raya Haji (10 Jul).
Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatannya di laman Facebook pada Jumaat (1 Jul).
Jumlah ruang solat Aidiladha tahun ini juga jauh mengatasi ruang yang disediakan pada Hari Raya Haji tahun lalu, iaitu sekadar 18,180 slot sahaja.
TEMPAHAN BAGI RUANG SOLAT AIDILADHA
Orang ramai boleh menempah ruang solat Aidiladha bermula Khamis (7 Jul) pada pukul 10.00 pagi.
Ia boleh dilakukan menerusi https://ourmosques.commonspaces.sg/ atau aplikasi MuslimSG.
Tempahan juga diperlukan bagi sesi solat pertama serta sesi solat kedua.
Sesi solat pertama akan dijalankan dari 7.30 pagi hingga 8.15 pagi, manakala sesi slot kedua pula dari 8.45 pagi hingga 9.30 pagi.
"Kami tahu masyarakat teruja untuk kembali ke masjid untuk menunaikan solat, jadi kami mengekalkan sistem tempahan bagi membolehkan orang ramai menikmati pengalaman yang selamat dan selesa," jelas MUIS dalam catatan tersebut.
Tiada tempahan diperlukan bagi sesi solat ketiga di sebilangan masjid, dari 10.00 pagi hingga 10.45 pagi.
RUANG MUSLIMAH DAN TEMPAHAN BAGI KANAK-KANAK
Ruang solat bagi Muslimah juga disediakan di 61 masjid.
Ini berbeza berbanding tahun lalu, di mana ia hanya disediakan di 19 masjid di bawah aturan Masjid-Masjid Lebih Selamat.
Kanak-kanak juga boleh turut serta bagi solat Aidiladha.
Namun, tempahan yang sah masih tetap diperlukan bagi sesi solat pertama dan kedua, termasuk bagi mereka yang berusia bawah 12 tahun.
STATUS VAKSINASI
Para jemaah perlu lengkap divaksin untuk memasuki masjid yang menawarkan lebih daripada 500 ruang.
Mereka yang tidak menerima suntikan vaksin boleh memilih dari 17 masjid yang dikecualikan daripada langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS).
Para jemaah yang memasuki masjid juga diingatkan supaya memakai pelitup setiap masa dan membawa kelengkapan peribadi untuk bersolat.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman go.gov.sg/aidiladhasg2022.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.