Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

21 lelaki disyaki anggota kongsi gelap diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
21 lelaki disyaki anggota kongsi gelap diberkas

Gambar: Pasukan Polis Singapura

SINGAPURA: Seramai 21 lelaki berusia antara 17 dengan 60 tahun yang disyaki anggota kongsi gelap telah diberkas dalam satu operasi polis selama sebulan.

Dalam kenyataannya pada Sabtu (3 Dis), polis menyatakan suspek ditangkap semasa pemeriksaan dijalankan di hampir 60 tempat hiburan awam dan hiburan malam, serta kedai makanan dan minuman.

Jika didapati bersalah kerana menganggotai kumpulan samseng, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Tiga lagi lelaki diberkas atas kesalahan lain, termasuk memiliki alat vape, semasa operasi polis dari 4 November hingga 30 November itu.

Salah seorangnya yang berusia 32 tahun, didakwa memiliki sebatang kayu belantan dan tiga alat vape di Claymore Drive.

Polis menambah lelaki itu juga dikehendaki kerana gagal kembali ke institusi yang diluluskan di bawah peraturan Penyalahgunaan Dadah.

Seorang lagi lelaki berusia 34 tahun didakwa memiliki pisau karambit di Aliwal Street. Dia ditangkap kerana mengambil dadah terkawal, serta membawa senjata berbahaya di tempat awam.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki 33 tahun didakwa memiliki alat vape, pelbagai jenis pil dan sebotol ubat batuk. Dia ditahan kerana mengambil dadah terkawal, memiliki alat vape dan racun.

Dia juga dikehendaki atas kesalahan mencuri.

Polis menyatakan siasatan terhadap kesemua 24 lelaki itu masih dijalankan.

"Polis akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan berkaitan untuk menjalankan operasi antijenayah dan kumpulan kongsi gelap di pelbagai pusat hiburan awam dan hiburan malam, serta kawasan perhimpunan popular semasa musim perayaan akhir tahun akan datang," menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang memilih untuk terlibat dalam kumpulan samseng dan mengabaikan undang-undang secara terang-terangan," tambah SPF.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan