21 dikejarkan ke hospital selepas bas langgar penghadang jalan di T3 Changi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Singapore roads accident.com/Facebook
SINGAPURA: Seorang pemandu bas dan 20 penumpang dikejarkan ke hospital pada Selasa (21 Mei) selepas kenderaan Tower Transit berkenaan merempuh sebuah penghadang jalan di Lapangan Terbang Changi Terminal 3.
Nahas tersebut, yang melibatkan khidmat bas 858, berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari, kata seorang wakil daripada syarikat pengendali bas itu.
"Selepas penghadang keselamatan itu diangkat untuk membenarkan bas tersebut menghala ke perhentian bas Terminal 3, sebuah penghadang jalan secara tiba-tiba muncul menyebabkan bas tersebut merempuhnya," jelas Encik Glenn Lim, pengarah komunikasi dan pengalaman pelanggan di Tower Transit.
Beliau menambah insiden tersebut sedang disiasat.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan berkenaan di Changi Airport Terminal 3 Arrival Drive kira-kira pukul 12.40 tengah hari.
Pemandu bas terbabit, seorang lelaki berusia 25 tahun, dan 20 penumpang yang berada dalam lingkungan usia antara 21 dan 68 tahun, dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri, lapor polis. Menurut pihak polis lagi, siasatan masih sedang dijalankan.
Mediacorp sudahpun menghubungi Changi Airport Group untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Dalam satu video yang dikongsi di laman Facebook Singapore roads accident.com, bahagian depan bas tersebut kelihatan rosak berikutan perlanggaran itu. Pintu masuk juga sebahagiannya terkopak.
Di dalam kenderaan itu pula, sebuah panel dan tiang yang pecah dilihat di atas lantai. Sebilangan penumpang dilihat dalam keadaan keliru dengan sekurang-kurangnya dua sudahpun berada di lantai bas tersebut.
Encik Lim mengatakan Tower Transit sedang cuba menghubungi penumpang yang cedera dan keluarga mereka untuk menghulurkan bantuan.
Mereka yang terlibat dalam nahas itu boleh menghubungi Tower Transit Singapore di talian 1800 248 0950.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.