2024 tahun paling panas SG, terikat dengan 2019 dan 2016
Penduduk Singapura mengalami salah satu tahun paling panas pada 2024 tahun, apabila suhu mencecah purata tahunan 28.4 darjah Celsius.

Gambar hiasan matahari. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
Ia terikat dengan 2019 dan 2016, sebagai tahun-tahun paling panas di Singapura yang pernah direkodkan, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam satu kenyataan.
Menurut MSS setiap bulan pada tahun lalu, paras suhu di Singapura, sama atau di atas purata jangka panjangnya.
Selain akibat kesan perubahan iklim, fenomena cuaca El Nino turut menyebabkan keadaan itu.
El Nino yang terjadi dari 2023 dan berakhir pada Jun 2024, besar kemungkinan menyebabkan suhu lebih panas di sini pada 2024.
Fenomena El Nino boleh mengakibatkan Asia Tenggara, termasuk Singapura, mengalami cuaca lebih panas dan kering akibat perubahan pada suhu permukaan laut dan angin permukaan di Lautan Pasifik tropika.
Namun, pada masa yang sama, Singapura juga menerima lebih banyak hujan, dengan jumlah hujan tahunan mencecah lebih 270 sentimeter iaitu sekitar 8 peratus lebih tinggi berbanding purata jangka panjang.
MSS berkata hujan berlaku paling banyak pada bulan Januari dan November
Sebaliknya pada bulan Julai, selama 18 hari berturut-turut, tiada hujan sama sekali.
Secara keseluruhannya keadaan amat berbahang dicatatkan sebanyak 21 haripada 2024, turun daripada 37 hari dalam tahun 2023.
Seorang penyelidik perubahan iklim menjangkakan lebih banyak keadaan cuaca melampau di Singapura, pada masa-masa akan datang.
"Bolehkah kita menjangkakan trend ini akan berterusan? Ya. Dari segi suhu udara. Tahun-tahun akan datang berkemungkinan, suhu udara meningkat, suhu udara secara umum, kerana kita masih mengalami pemanasan global," kata Profesor Matthias Roth, dari Jabatan Geografi, Universiti Nasional Singapura.
"Selain ini, kita juga mempunyai apa yang dipanggil kesan pulau haba bandar. Jadi kita mempunyai perubahan iklim tempatan juga, yang menyumbang kepada suhu lebih tinggi."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.