2023 catat suhu keempat paling tinggi di SG, tahun ini mungkin lebih panas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 2023 diisytiharkan sebagai tahun paling panas dalam sejarah dunia sejak 1850. Namun, Khidmat Meteorologi Singapura (MSS) menyatakan tahun ini mungkin lebih panas.
Dalam Laporan Penilaian Iklim Tahunan bagi 2023, tahun lalu mencatat suhu keempat paling tinggi Singapura.
Suhu purata tahunan mencecah 28.2 darjah Celsius.
Pada 2023, berlakunya fenomena El Nino, dan biasanya cuaca pada tahun berikutnya merupakan suhu tahunan tertinggi.
El Nino adalah fenomena di Pasifik tropika yang menjejas iklim global.
MSS menyatakan pemanasan global jangka panjang masih membimbangkan.
Dekad terakhir merupakan suhu paling tinggi yang pernah dicatat di Singapura, dengan suhu 28.06 darjah Celsius.
Meskipun demikian, menjelang pertengahan abad in, ia dianggap lebih sejuk daripada suhu purata.
Demikian berdasarkan unjuran iklim daripada Kajian Perubahan Iklim Nasional Ketiga (V3).
Menurut MSS berlakunya tempoh tekanan haba selama 37 hari pada tahun lalu.
10 tekanan haba berlaku pada Mei 2023.
Seorang penyelidik iklim berkata orang ramai harus berjaga-jaga terhadap cuaca panas pada beberapa bulan akan datang.
Mereka digalakkan untuk mengurangkan aktiviti di luar, minum lebih banyak air, atau memakai pakaian lebih tipis untuk menangani cuaca panas.
"Tahun lalu, kami memperkenalkan, atau ia diperkenalkan, nasihat tekanan haba baharu. Ia dilancarkan pada Julai. Jadi ia sebenarnya dikeluarkan selepas cuaca panas pada Mei," kata Penyelidik Saintis Kanan Dr Thea Turkington daripada Pusat bagi Penyelidikan Iklim Singapura.
"Oleh itu, sedang kami mengalami cuaca lebih panas yang biasanya berlaku pada beberapa bulan akan datang, kami menggalakkan orang ramai untuk memeriksa nasihat tekanan haba melalui aplikasi MyENV, atau di laman web MSS," tambahnya.
Meskipun cuaca lebih panas, ia tidak bermakna keadaan yang lebih kering.
2023 merupakan tahun ketujuh paling menerima curahan hujan Singapura sejak 1980, dengan purata curahan hujan kira-kira 2,900 milimeter.
MSS menyatakan bahawa meskipun Singapura menerima curahan hujan melebihi purata sejak tiga tahu lalu, trend jangka panjang bergantung kepada usaha penyahkarbonan negara ini menjelang hujung abad ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.