Skip to main content

Singapura

2018 tahun ke-8 paling panas dalam sejarah S'pura

2018 adalah tahun kelapan paling panas dalam sejarah Singapura, dengan purata suhu tahunan 27.9 darjah Selsius. Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca (MSS) hari ini (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jan 2019 01:44PM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 09:14PM

SINGAPURA: 2018 adalah tahun kelapan paling panas dalam sejarah Singapura, dengan purata suhu tahunan 27.9 darjah Selsius. Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca (MSS) hari ini (15 Jan).

Suhu itu - yang juga dicatatkan pada 2014, 2009 dan 2005 - adalah 0.4 darjah Selsius lebih tinggi berbanding purata suhu antara 1981 hingga 2012, dan 0.2 darjah Selsius lebih tinggi berbanding purata suhu tahunan pada 2017 iaitu 27.7 darjah Selsius.

2016 masih disifatkan sebagai tahun paling panas dalam sejarah Singapura, dengan suhu purata bagi tahun itu adalah 28.4 darjah Selsius.

MSS menyatakan suhu cuaca yang lebih tinggi berbanding suhu purata dicatatkan sepanjang 12 bulan lalu, kecuali Januari semasa Singapura mengalami cuaca dingin.

"Kesemua 10 tahun yang disenaraikan sebagai paling panas dicatatkan dalam tempoh 25 tahun yang lalu, dengan lapan daripadanya dicatatkan dalam abad ini," menurut MSS sambil menambah bahawa tempoh antara 2009 hingga 2018 merupakan dekad paling panas dalam sejarah Singapura, dengan purata suhu 27.89 darjah Selsius.

MSS menyatakan ini menunjukkan trend cuaca panas dalam jangka panjang.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita