Skip to main content

Singapura

2009 hingga 2018 dekad paling panas dalam sejarah S'pura

Hasil laporan iklim oleh pemerintah Singapura menyatakan bahawa berdasarkan catatan suhu baru-baru ini, cuaca Singapura akan bertambah panas bagi tempoh jangka panjang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Mar 2019 04:44PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 10:41PM

SINGAPURA: Hasil laporan iklim oleh pemerintah Singapura menyatakan bahawa berdasarkan catatan suhu baru-baru ini, cuaca Singapura akan bertambah panas bagi tempoh jangka panjang.

Menurut perangkaan itu, tempoh antara 2009 hingga 2018 adalah dekad paling panas yang pernah dicatatkan di Singapura.

Pada tahun lalu, purata suhu adalah 27.9 darjah Selsius - iaitu lebih tinggi berbanding purata suhu dalam tempoh 30 tahun.

Laporan berkenaan menunjukkan bahawa 2018 adalah tahun ke-8 paling panas sejak Singapura mula merekodkan suhu cuaca pada 1929.

Jumlah keseluruhan hujan juga adalah 21 peratus lebih rendah berbanding purata jangka panjang, iaitu bagi tempoh antara 1981 hingga 2010.

Beberapa kejadian cuaca ekstrim turut disaksikan pada tahun lalu. Misalnya, tiupan angin sekencang 133 kilometer sejam dicatatkan pada salah satu hari pada Mac tahun lalu.

Tiupan angin monsun pada awal Januari tahun lalu juga menyebabkan cuaca dingin selama lima hari, dengan suhu cuaca merosot kepada 21 darjah Selsius.

Cuaca paling panas pada tahun lalu adalah pada 5 Oktober, dengan suhu 35.6 darjah Selsius.

Tahun 2018 bermula dengan suhu cuaca yang lebih rendah, namun berakhir dengan suhu yang lebih tinggi pada Disember.

Suhu cuaca tinggi dicatatkan pada 28 dan 30 Disember 2018, dengan suhu cuaca maksimum 33.8 darjah Selsius - iaitu serupa dengan suhu cuaca yang dicatatkan pada 1948.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita