200,000 pengunjung meriahkan suasana SG60 di lima lokasi kejiranan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 200,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang diteruskan pada Ahad (10 Ogos) di lima lokasi kejiranan serata negara.
Sambutan yang berlangsung sehingga 9.00 malam menyajikan pelbagai kegiatan dan elemen yang cukup sinonim dengan Hari Kebangsaan seperti Kontinjen Kenderaan, terjunan Red Lions serta pertunjukan bunga api.
PARA PENDUDUK GEYLANG SERAI TIDAK INGIN LEPAS PELUANG BERGAMBAR DENGAN KONTINJEN KENDERAAN
Di kawasan kejiranan Geylang Serai misalnya, bahang Hari Kebangsaan hangat terasa.
Para penduduk sudah berkerumun sejak 4.00 petang lagi agar tidak terlepas peluang membawa pulang memori bersama armada aset ketenteraan dan Home Team.
Manakan tidak, setelah lima tahun, Kontinjen Kenderaan kembali ke kawasan kejiranan sekali gus membawakan sambutan di Padang semalam (9 Ogos), lebih dekat kepada masyarakat.

Kontinjen Kenderaan itu membuat perhentian di Engku Aman Rd untuk memberi peluang kepada para pengunjung melihat armada itu dengan lebih dekat.
Karnival di Wisma Geylang Serai juga menyajikan pelbagai kegiatan untuk seisi keluarga seperti kegiatan bersukan dan meluncur.
TUJUH RED LIONS MENDARAT DI BISHAN
Kawasan kejiranan Bishan juga tidak lepas daripada ditenggelami lautan merah para penduduk.
Ia satu-satunya tempat mendarat bagi terjunan pasukan seramai tujuh Red Lions.

Cuaca hujan menangguhkan aksi itu selama sejam tetapi yang pasti, sekitar 40,000 pengunjung, termasuk Menteri Pertahanan Chan Chun Sing, yang juga turun padang, tetap terpukau.
Sambutan SG60 di Bishan yang bertemakan "Memupuk Komuniti, Membentuk Masa Depan" juga menampilkan 60 kisah silang generasi dalam bentuk video bagi mempamerkan kekuatan dan semangat Singapura.
REKOD STRUKTUR LOLIPOP SG60 TERBESAR DICIPTA DI PUNGGOL
Para pengunjung di Punggol juga dapat bersama-sama menyambut SG60, apatah lagi menyaksikan sendiri satu rekod baharu tercipta.
Ribuan lolipop yang dipasang sendiri oleh para penduduk dan relawan, membentuk struktur lolipop SG60 terbesar.

Pelbagai kegiatan kraf tangan lain seperti membuat tanglung juga disediakan untuk mereka.
Para pengunjung di kelima-lima lokasi termasuk di Yishun dan Bukit Gombak juga dapat menikmati pertunjukan bunga api untuk mengakhiri malam hujung minggu sambutan SG60.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.