Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,000 penduduk, peniaga dan penyewa kedai bincang cara rancakkan semula jualan runcit

Kedai-kedai di kawasan kejiranan boleh memanfaatkan pembelian secara kelompok untuk memenuhi cita rasa pengguna yang semakin berubah-ubah.

Anggaran Waktu Membaca:
2,000 penduduk, peniaga dan penyewa kedai bincang cara rancakkan semula jualan runcit

(Gambar: Facebook/Desmond Lee)

SINGAPURA: Kedai-kedai di kawasan kejiranan boleh memanfaatkan pembelian secara kelompok untuk memenuhi cita rasa pengguna yang semakin berubah-ubah.

Saranan itu antara yang ditimbulkan dalam sesi perbincangan untuk merancakkan semula jualan runcit di kawasan-kawasan kejiranan.

Sekitar 2,000 pihak berkepentingan termasuk penduduk, peniaga dan penyewa kedai terlibat dalam temu bual dan perbincangan berkumpulan.

400 orang lagi menyertai tinjauan secara online.

Saranan-saranan lain termasuk menubuhkan direktori kedai kejiranan dan membolehkan kawasan di luar kedai dijadikan tempat pasar malam.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata HDB, Enterprise Singapore dan Pejabat Perdana Menteri akan meneliti sama ada idea-idea baru itu dapat dilaksanakan.

"Kedai-kedai ini bukan hanya tempat berurus niaga, kedai-kedai ini juga adalah tempat untuk penduduk berbual dan menemui jiran tetangga untuk bertanyakan khabar," kata Encik Lee.

"Ia adalah nadi sosial untuk warga emas. Tetapi apabila saya bercakap dengan orang muda, mereka juga mengesahkan bahawa perusahaan kejiranan masih relevan, dan mereka mahukannya diperbaharui dan bertenaga."

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan