Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,000 orang sertai OCBC Cycle City Ride, acara beramai-ramai secara fisikal pertama dalam dua tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 May 2022 06:57PM Dikemas Kini : 08 May 2022 08:49PM

SINGAPURA: Lengkap berbaju kurung, Encik Ahmad Amin, 50 tahun bersama anggota keluarganya yang terdiri daripada isteri, anak dan pakcik beliau menuju ke Stadium Negara awal pagi Ahad (8 Mei).

Namun, tempat tujuan mereka itu bukan ziarah Raya yang biasa dilakukan.

Sebenarnya, Encik Ahmad dan keluarga beliau menyertai 2,000 penunggang basikal lain bagi acara OCBC Cycle City Ride, iaitu acara beramai-ramai secara fizikal yang pertama dalam tempoh dua tahun sejak pelonggaran sekatan COVID-19 pada 26 Apr, apabila had saiz kumpulan dan keperluan jarak selamat ditarik balik.

Acara baru itu bermula seawal 5.00 pagi di Hab Sukan Singapura dengan peserta berbasikal di laluan sepanjang 19 kilometer dengan pemandangan indah di Jembatan Benjamin Sheares, Taman di Persisiran dan berakhir di Stadium Negara.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang merasmikan acara itu berkata beliau gembira menyambut kembali acara sukan beramai-ramai besar seperti itu.

"Masyarakat sukan menunjukkan daya tahan dan berusaha dengan baik, dalam menyesuaikan pelbagai langkah untuk melindungi masyarakat," kata Encik Tong.

"Saya sangat gembira kerana, dengan langkah-langkah terbaru, kita boleh dengan yakin, menjalankan semula inisiatif aktiviti besar-besaran, dan dapat melakukannya dengan selamat."

Acara berbasikal OCBC Cycle sebelum ini berjaya menarik hampir 7,000 peserta setiap tahun dan menjadi acara berbasikal beramai-ramai terbesar sejak 2009.

Acara dua hari pada tahun ini turut menampilkan kejohanan berbasikal pada Sabtu (7 Mei).

24 pasukan mengambil bahagian dalam tiga kategori: Kejohanan Kelab, Korporat dan Wanita.

Pasukan dari Allied World Racing, Singapore Cycling Federation dan NDS ditabal juara dalam kategori masing-masing.

Acara OCBC Cycle diteruskan hingga 6 Jun dengan lima kategori dilakukan secara maya.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan