200 warga emas, keluarga berpendapatan rendah diraikan dalam majlis iftar MHCC
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 200 warga emas dari Pusat Kesihatan dan Jagaan Harian Warga Emas Muhammadiyah (MHCC) dan keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di Eunos diraikan dalam satu majlis berbuka puasa pada Isnin (2 Mac).
Acara yang dianjurkan oleh MHCC itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan serta menyokong keluarga-keluarga berpendapatan rendah.
Dalam ucapannya, Pengerusi MHCC, Ustaz Muhammad Azri Azman mengatakan bahawa warga emas perlu dihargai dan bukan diabaikan.
"Warga emas kita bukan sekadar penerima khidmat jagaan — merekalah perintis yang telah membina keluarga kita, komuniti kita dan negara kita. Mereka tidak seharusnya dipinggirkan, tetapi disertakan bersama. Bukan diabaikan, tetapi dihargai," kata Ustaz Azri.
"Melalui program-program dan perkhidmatan harian kami, MHCC berusaha untuk menggalakkan penuaan aktif, hubungan sosial, dan rasa kebersamaan. Kami mahu warga emas kita berasa dihargai, disokong dan dikelilingi oleh komuniti yang penyayang. Acara berbuka puasa ini mencerminkan semangat itu," tambahnya lagi.

Menurut beliau lagi, kerjasama antara pertubuhan akar umbi, pemimpin masyarakat dan institusi perkhidmatan sosial dapat mewujudkan jaringan keselamatan yang lebih kukuh untuk warga emas dan ia membuktikan bahawa menjaga kebajikan warga emas adalah tanggungjawab dan penghormatan bersama.
Acara berbuka tersebut merupakan kerjasama antara Rangkaian Penduduk Eunos Crescent (ECRN), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Jawatankuasa Perundingan Rakyat Kembangan (CCC) dan CDC Tenggara.
Turut hadir dalam acara berbuka tersebut ialah Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.