Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

200 penuntut NTU bakal cipta projek demi masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Aug 2024 07:22PM Dikemas Kini : 30 Aug 2024 09:48PM
SINGAPURA: Seramai 200 pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan membangunkan projek yang meninggalkan kesan positif kepada masyarakat sepanjang setahun.

Kesemua 24 penerima baharu Biasiswa Bakat NTU diwajibkan mengambil bahagian dalam program tersebut.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata, salah satu cara mentakrif semula kejayaan adalah dengan meneroka melangkaui pencapaian individu.

"Saya mendapati, jika kita terus memikirkan kejayaan sebagai perkara yang kita capai untuk diri kita sebagai individu, tidak kira bidang apa, ia boleh kelihatan agak sempit dan seolah-olah kita mementingkan diri sendiri," kata Encik Chan.

"Tetapi jika kita boleh mentakrifkan kejayaan sebagai apa yang boleh kita sumbang dan bukan apa yang kita boleh capai untuk diri sendiri,
barulah saya rasa kita akan menjadi sebuah masyarakat yang lebih prihatin," tambahnya.

Di bawah program baharu itu, para pelajar akan menjalani pelbagai kelas dan bengkel serta menerima bimbingan mentor.

Sesi-sesi tersebut merentasi pelbagai bidang seperti teknologi, kemampanan, kesejahteraan, jagaan kesihatan, seni dan sukan.

NTU berharap dapat menawarkan program berkenaankepada lebih ramai pelajar pada masa akan datang.

"Saya harap dapat menganjurkan bengkel-bengkel penghayatan budaya dan juga pertukaran diplomatik dalam masa terdekat. Dan saya percaya berbuat demikian akan membantu meningkatkan perwakilan NTU dan Singapura di pentas antarabangsa," kata Joy Chua, seorang penerima Biasiswa Bakat NTU.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan