Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

200 penduduk kutip sampah 90kg di East Coast sempena Hari Membersihkan Pantai Sedunia

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kira-kira 200 penduduk di sekitar Taman East Coast menyingsing lengan awal Sabtu (17 Sep) untuk membersihkan kawasan pantai.

Ia merupakan daya usaha yang pertama diadakan di peringkat daerah sempena Hari Membersihkan Pantai Sedunia.

Tujuan inisiatif Majlis Pembangunan Masyarakat Tenggara itu adalah untuk mendidik para penduduk tentang peri pentingnya menangani pencemaran plastik.

Para penduduk membersihkan sebahagian pantai East Coast sepanjang dua kilometer.

Ada pula yang mendayung kayak untuk mengutip sampah di laut.

Mereka akhirnya berhasil mengutip hampir 90 kilogram sampah.

Para peserta juga menanam pokok sebagai langkah memelihara alam sekitar.

Lebih 4,000 tan sampah dikutip di pantai-pantai Singapura tahun lalu, kebanyakannya atau 80 peratus adalah plastik.

Penduduk-penduduk itu juga mempelajari bagaimana plastik boleh dikitar semula atau diguna semula untuk menghasilkan produk bernilai lebih tinggi.

Sisa-sisa plastik itu boleh diolah menjadi kristal untuk dijadikan kraftangan dan bahan pendidikan.

"Kami ingin memastikan plastik ini ada kegunaannya dan mengadakan proses untuk mengitar semulanya dan melakukan sesuatu kemudian. 

"Jadi, ini adalah sesuatu yang kami sedang cuba dengan mereka - melihat sama ada kita boleh menjalankannya di sekolah-sekolah agar ia dapat diterapkan dalam program-program seni, dan pada masa yang sama, mengajar kanak-kanak tentang peri pentingnya untuk mengitar semula plastik dengan betul," kata Datuk Bandar CDC Tenggara Mohd Fahmi Aliman. 

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan