Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

200 penduduk berbilang kaum berbuka puasa bersama AP GRC East Coast

Satu acara berbuka puasa dianjurkan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (MESRA) di GRC East Coast pada Ahad (23 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2022 09:08PM Dikemas Kini : 23 Apr 2022 09:16PM

SINGAPURA: Satu acara berbuka puasa dianjurkan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (MESRA) di GRC East Coast pada Ahad (23 Apr).

Ia juga merupakan acara berbuka puasa pertama yang diadakan secara fizikal sejak pandemik melanda.

Acara itu bertujuan menghidupkan semula semangat kampung dan menggalak jiran tetangga dan keluarga-keluarga merapatkan lagi hubungan.

Sebelum sesi berbuka puasa, 50 sukarelawan MESRA di GRC East Coast menyiapkan pek hari raya yang mengandungi beras dan kurma tajaan Masjid Ba'alwie.

Bungkusan itu kemudian diberi kepada penduduk yang memerlukan sempena Hari Raya.

Acara itu turut dimeriahkan lagi dengan perkongsian mengenai keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan oleh Ustazah Hamidunnisah Hussein bagi sukarelawan dan penduduk yang bukan beragama Islam.

Sekitar 200 penduduk berbilang kaum menyertai anggota parlimen GRC East Coast dalam acara tersebut.

"Alhamdulillah dengan berkat kerjasama dan juga pengorbanan kita selama dua tahun yang lalu ini, kita telah berjaya ke tahap di mana kita boleh berjumpa secara fizikal pada hari ini bersama-sama untuk berbuka puasa dengan rakan-rakan di GRC East Coast.

"Yang hadir pada hari ini adalah kaum keluarga yang mungkin datang daripada latar belakang yang mencabar dan kami harap kami akan dapat berkongsi apa sahaja yang disiapkan supaya hari raya nanti akan membawa keceriaan kepada anda semua," kata AP GRC East Coast, Dr Mohamed Maliki Osman.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan