Skip to main content

Singapura

200 pelajar prauniversiti terima biasiswa sulung kejuruteraan & teknologi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jul 2023 09:02PM Dikemas Kini : 26 Jul 2023 11:52PM
SINGAPURA: 200 pelajar prauniversiti di Singapura menerima biasiswa baharu dalam bidang kejuruteraan dan teknologi siang tadi.

Ia sebahagian usaha Kementerian Pendidikan (MOE) memberikan para pelajar yang berminat kuat dalam matematik dan sains, peluang menceburi bidang-bidang itu lebih awal lagi.

Ini merupakan kohort pelajar pertama yang menerima Biasiswa Program Kejuruteraan dan Teknologi atau ETPS.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menyampaikan biasiswa itu di Universiti Nasional Singapura (NUS) siang tadi.

Para penerima biasiswa ETPS itu akan diberi elaun tahunan sebanyak $1,000 dan sehingga $2,400 yuran sekolah mereka akan dibiayai.

Mereka juga berpeluang mendapat penempatan kerja di syarikat-syarikat untuk menimba pengalaman menghuraikan cabaran-cabaran dunia sebenar.

Encik Chan berkata: "kami ingin memberikan inspirasi kepada satu lagi generasi saintis, pakar teknologi, jurutera untuk membantu membina bersama masa depan kita. Saya amat gembira untuk mengumumkan bahawa sambutan bagi ETPS sangat baik. Dengan lebih 500 pemohon dari semua pusat-pusat prauniversiti di sini. Ini petanda baik untuk (sektor) kejuruteraan dan generasi kita seterusnya. "
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita