Skip to main content

Singapura

200 orang dipindahkan dari Tangs Plaza ekoran satu kebakaran

Sekitar 200 orang dipindahkan dari Tangs Plaza di Orchard Road pada Sabtu (15 Jun) malam setelah satu kebakaran berlaku di dalam gedung.

Anggaran Waktu Membaca:
200 orang dipindahkan dari Tangs Plaza ekoran satu kebakaran

(Gambar: Johannes Tjendro)

Diterbitkan : 16 Jun 2019 12:10AM Dikemas Kini : 16 Jun 2019 12:15AM

SINGAPURA: Sekitar 200 orang dipindahkan dari Tangs Plaza di Orchard Road pada Sabtu (15 Jun) malam setelah satu kebakaran berlaku di dalam gedung.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu di Orchard Road pada sekitar jam 8.40 malam.

Related article image
(Gambar: Johannes Tjendro) 

Kebakaran itu, yang melibatkan wayar elektrik, dipadamkan oleh perenjis sebelum anggota bomba tiba, menurut SCDF.

"Sekitar 200 orang dipindahkan oleh para pegawai keselamatan," menurut seorang jurucakap SCDF, sambil menambah bahawa tiada sesiapa yang cedera dalam insiden itu.

Video-video insiden itu menunjukkan air keluar daripada perenjis pusat beli belah dan orang ramai berhimpun di luar bangunan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita