Skip to main content

Singapura

200 keluarga berpendapatan rendah memerlukan dapat beraya dengan pakaian serba baru

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Mar 2025 05:46PM Dikemas Kini : 16 May 2025 03:30PM
SINGAPURA: Sambutan Hari Raya kali ini menjadi lebih meriah bagi 200 keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan Geylang Serai kerana mereka dapat menyambut perayaan dengan pakaian serba baru.

Ini berkat inisiatif 'Projek Khas Untukmu' yang mencatatkan peningkatan lebih seganda berbanding tahun lalu.

Ia dijalankan oleh M³@Geylang Serai dengan sokongan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Geylang Serai dan Kembangan Chai Chee.

Kira-kira 1,000 pasang baju raya dan 200 helai tudung disediakan, hasil tajaan sembilan butik tempatan termasuk BEWA, Sufyaa Bridal, dan Ilhan Creations.

 
Project Khas Untukmu diadakan di Kelab Masyarakat Kampong Ubi (Gambar: Muhammad Azhim Muhammad Gani)
Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding sekitar 300 baju raya dan 100 helai tudung yang ditawarkan bagi inisiatif yang sama tahun lalu

Setiap baju raya yang ditaja dianggarkan bernilai antara S$150 hingga S$300, dan setiap keluarga boleh mengambil sehingga empat pasang baju.

Ketua Projek & Sekretariat M³@Geylang Serai, Cik Maria Zahid, berkata, “Ini adalah kali ketiga projek ini. Setiap tahun ada butik yang mahu menyertai acara seterusnya untuk tahun-tahun mendatang. Untuk tahun ini, kami akan menghubungi butik dua atau tiga bulan sebelum Ramadan.”

Cik Maria juga menambah, “Acara ini memberikan mesej bahawa masyarakat perlu ada pemikiran bahawa meskipun ia satu inisiatif kecil, tetapi kita ada tanggungjawab sosial untuk membantu masyarakat yang memerlukan.”
Relawan menyusun baju di acara Project Khas Untukmu (Gambar: Muhammad Azhim Muhammad Gani)
Datuk Bandar CDC Tenggara, Encik Fahmi Aliman yang turut hadir di acara pengagihan di Wisma Geylang Serai pada Sabtu (22 Mac) memuji inisiatif itu yang membawa keceriaan kepada masyarakat.

Encik Fahmi berkata: "Inisiatif ini telah memberikan banyak senyuman kepada rakyat Geylang Serai, di Macpherson, Kembangan-Chai Chee. Ramai ibu bapa anak-anak daripada keluarga yang datang. Inisiatif ini memberi kesan positif kepada semua untuk membantu sama lain.Alhamdulillah kegiatan-kegiatan sebegini dapat mendekatkan masyarakat kita satu sama lain terutama sekali dalam bulan Ramadan yang sangat barakah ini."
Datuk Bandar CDC Tenggara, Fahmi Aliman bersama kakitangan yang menjayakan Project Khas Untukmu (Gambar: Muhammad Azhim Muhammad Gani)
Bagi membawa keceriaan kepada lebih banyak keluarga, Cik Maria berhasrat untuk mengembangkan inisiatif ini ke dua atau tiga kawasan setiap tahun.
Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita