Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

200 flat mesra warga emas akan dilancar di Queenstown tahun ini

Sekitar 200 flat yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang mesra warga tua akan dilancarkan di Queenstown pada lewat tahun ini di tengah-tengah usaha untuk menawarkan lebih banyak pilihan perumahan bagi membantu golongan tersebut meniti usia senja dengan lebih berdikari.

Anggaran Waktu Membaca:
200 flat mesra warga emas akan dilancar di Queenstown tahun ini

(Gambar: HDB)

Diterbitkan : 08 Mar 2022 06:59PM Dikemas Kini : 08 Mar 2022 07:00PM

SINGAPURA: Sekitar 200 flat yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang mesra warga tua akan dilancarkan di Queenstown pada lewat tahun ini di tengah-tengah usaha untuk menawarkan lebih banyak pilihan perumahan bagi membantu golongan tersebut meniti usia senja dengan lebih berdikari.

Ini merupakan projek perintis yang kedua bagi jenis perumahan ini, yang dikenali sebagai Apartmen Jagaan Masyarakat - di mana projek pertama dilancarkan di sebuah tapak di Bukit Batok pada Februari tahun lalu.

Flat-flat itu dilengkapi dengan ciri-ciri reka bentuk yang mesra warga emas dan langganan khidmat jagaan yang disasarkan kepada para pembeli rumah berusia 65 tahun dan ke atas yang ingin hidup sendiri tetapi menerima khidmat penjagaan jika diperlukan.

Projek perintis di Bukit Batok itu menerima lebih daripada empat pemohon bagi setiap unit dan setakat ini, 154 unit daripada 169 flat yang ditawarkan sudah ditempah, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan media.

Projek perintis kedua ini akan dilancarkan di Daerah Kesihatan yang bakal dibangunkan di Queenstown. Daerah ini akan menyaksikan HDB, Universiti Nasional Singapura (NUS), rakan-rakan kongsi jagaan kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan akar umbi saling bekerjasama untuk "mewujudkan persekitaran terbina yang menggalak gaya hidup sihat dan penuaan sihat dan aktif".

Hospital Alexandra yang juga terletak di Queenstown akan membolehkan khidmat perubatan dan jagaan kesihatan "diterapkan dengan mudah dalam model jagaan bagi para penduduk", menurut pihak berkuasa.

Sekitar 200 Apartmen Jagaan Masyarakat akan ditawarkan melalui projek ini, selain jenis flat yang lain dengan kemudahan yang sama seperti taman di atas bumbung dan ruang masyarakat bagi menggalak pergaulan sesama penduduk.

Menurut HDB dan MND, butiran lebih terperinci akan diberikan kelak.

Sebuah tapak di Parry Avenue di Kovan akan dilancarkan untuk penjualan melalui tender awam pada akhir tahun ini bagi sebuah kemudahan mesra warga tua yang berupaya menampung sekitar 300 hingga 400 warga emas.

Berucap di Parlimen, Menteri Negara Pembangunan Negara Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata: "Kami mengalu-alu kerjasama dengan sektor privet untuk membangunkan bersama produk perumahan mesra warga tua yang akan terus meningkatkan mutu kehidupan penduduk kita yang semakin meningkat usia."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan