Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20% wanita Muslim dalam sektor kesihatan awam sudah pakai tudung dengan seragam

Sekitar 20 peratus kakitangan Muslimah dalam sektor jagaan kesihatan awam sudah mula memakai tudung dengan seragam masing-masing di tempat kerja, setakat penghujung Disember - iaitu dua bulan selepas dasar baru itu berkuat kuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
20% wanita Muslim dalam sektor kesihatan awam sudah pakai tudung dengan seragam

Kakitangan jagaan kesihatan wanita Muslim dalam satu perjumpaan bersama Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli dan Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam di SGH pada 1 Nov 2021. (Gambar: Masagos Zulkifli/ Facebook)

SINGAPURA: Sekitar 20 peratus kakitangan Muslimah dalam sektor jagaan kesihatan awam sudah mula memakai tudung dengan seragam masing-masing di tempat kerja, setakat penghujung Disember - iaitu dua bulan selepas dasar baru itu berkuat kuasa.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mendedahkan demikian pada Isnin (10 Jan), dalam satu jawapan bertulis kepada pertanyaan parlimen Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakaria, yang mahu tahu mengenai perkembangan terkini pelaksanaan dasar itu dan respons daripada para pekerja kesihatan.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ogos lalu menyatakan lebih 7,000 Muslimah dalam sektor jagaan kesihatan awam boleh memakai tudung jika mereka mahu, mulai 1 November.

Jadi, 20 peratus bermakna sekitar 1,400 kakitangan kesihatan awam kini menyahut kelonggaran tersebut.

Encik Ong menambah, maklum balas daripada kedua-dua kakitangan Muslim dan bukan Muslim sejauh ini adalah positif secara amnya.

Kakitangan Muslim menurut beliau melahirkan penghargaan di atas perubahan itu dengan para pesakit menghormati pilihan para jururawat berkenaan.

Malah sebilangan kakitangan turut menerima pujian daripada para pesakit kata beliau kerana kelihatan kemas dan profesional mengenakan seragam dengan tudung mereka.

Encik Ong juga menyatakan, hospital-hospital sudah menyediakan garis panduan klinikal dan menyampaikannya kepada kakitangan, demi memastikan keperluan kawalan jangkitan dipatuhi untuk keselamatan pesakit dan kakitangan.

Kakitangan yang memilih untuk memakai tudung di tempat kerja juga sudah membuat penyesuaian ke atas uniform mereka bagi memudahkan dan mencermatkan pemakaian pelitup N95.

"Sebilangan kakitangan sudah memutuskan untuk tidak berbuat demikian (memakai tudung) sementara sebilangan yang lain mungkin menimbangkan berbuat demikian. Kami menghormati keputusan setiap individu," menurut Encik Ong lagi.

Sumber : BERITAmediacorp/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa