Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 penduduk dipindahkan susuli kebakaran di Bedok Reservoir View

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di Bedok Reservoir View pada Ahad (15 Jan), menyebabkan 20 orang dari blok terjejas terpaksa dipindahkan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian di Blok 773 Bedok Reservoir View itu pada 5.20 pagi.

"Kebakaran melibatkan kandungan dalam bilik tidur di sebuah unit di tingkat dua. SCDF memadamkan api menggunakan jet air," menurut SCDF ketika ditanya Mediacorp.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Anggota Parlimen GRC East Coast Tan Kiat How dalam satu catatan Facebook berkata bahawa keluarga yang tinggal di unit terjejas masih dalam keadaan terkejut ketika beliau mengunjungi mereka selepas kejadian itu.

"Saya berasa lega kerana kebakaran pagi tadi dapat dikawal dengan cepat dan tidak merebak ke luar unit," kata Encik Tan, sambil menambah bahawa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sudah mendapatkan tempat tinggal sementara untuk keluarga itu.

"Saya juga amat gembira melihat semangat gotong-royong yang kuat," katanya sambil menambah jiran tetangga keluarga berkenaan membantu membersihkan tempat itu dan memastikan keluarga tersebut dalam keadaan baik.

Punca kebakaran masih sedang disiasat.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan