Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 pemegang lesen gerai didapati langgar syarat pakai pelitup: SFA

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap 20 pemegang lesen gerai makanan kerana tidak mematuhi syarat memakai pelitup dan pelindung titisan air liur bagi keselamatan makanan.

Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (7 Okt).

Antara 26 hingga 30 September, SFA memeriksa 349 gerai di 40 kedai kopi dan pusat makanan. Ia mendapati sebilangan besar pengendali makanan mematuhi syarat memakai pelitup dan pelindung titisan air liur.

Namun, 20 pemegang lesen gerai gagal memastikan para pengendali makanan mereka mematuhi syarat-syarat tersebut dan diberikan amaran bertulis.

"Pemegang-pemegang lesen itu akan dikenakan denda sekiranya terus gagal untuk mematuhi syarat-syarat berkenaan," tegas SFA.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000, penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Syarat memakai pelitup bagi pengendali makanan masih dikuatkuasakan, walaupun peraturan memakai pelitup sudahpun dilonggarkan pada 24 Ogos.

"Makanan masih boleh dicemari oleh pengendali makanan menerusi batuk dan bersin ke arah makanan sewaktu proses persiapan dan pengendalian," menurut SFA.

Agensi tersebut menyatakan ia sudahpun menjelaskan syarat berkenaan kepada industri makanan dan memberi peringatan serta poster untuk pemegang lesen pamerkan di premis mereka.

"SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemegang lesen yang tidak mematuhi arahan sekiranya kami mempunyai bukti yang mencukupi," tambah SFA.

Masyarakat awam turut boleh membuat aduan sebarang pencabulan menggunakan borang maklum balas online SFA.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan