Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 pelajar pengajian tinggi bakal anggotai Panel Penasihat Belia REACH baru ditubuhkan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2022 08:50PM Dikemas Kini : 12 Nov 2022 08:51PM
SINGAPURA: Golongan belia dijangka ada lebih banyak suara dalam dasar-dasar negara.

Sekitar 20 pelajar pengajian tinggi akan membentuk panel penasihat belia yang pertama.

Ia ditubuhkan di bawah portal maklum balas pemerintah, REACH.

Pemerintah ingin tahu pandangan mereka mengenai isu-isu nasional yang dianggap penting kepada golongan tersebut.

Panel itu juga akan dapat mereka dan melancarkan pelbagai projek dan inisiatif berkaitan belia.

Kini lebih penting, mengumpul maklum balas yang jujur dan tepat pada masanya mengenai isu-isu nasional daripada spektrum luas rakyat Singapura bukan sahaja 'baik' tetapi 'mesti ada'.

Maklum balas memberitahu Pemerintah apa yang berkesan dan apa yang tidak, dan apakah isu yang perlu kita perhatikan juga.

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo mengumumkan panel baru itu semasa sebuah acara anjuran REACH.

Orang awam dimaklumkan tentang cara maklum balas dikumpulkan.

Kaedah tersebut boleh diubah bagi melibatkan lebih ramai belia.

Contohnya, memanfaatkan wadah media sosial serta mengadakan perbincangan bersemuka yang lebih berskala kecil dan tidak rasmi.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan