Skip to main content

Singapura

20 orang dipindahkan susuli kebakaran restoran di kolong flat Boon Keng

Satu kebakaran berlaku di restoran Ban Heng di kolong blok HDB di Boon Keng pada Isnin (23 Nov) - kali kedua kebakaran berlaku di premis yang sama dalam tempoh kurang tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
20 orang dipindahkan susuli kebakaran restoran di kolong flat Boon Keng

(Petikan video: Facebook/All Singapore Stuff)

Diterbitkan : 23 Nov 2020 09:57PM Dikemas Kini : 23 Nov 2020 10:05PM

SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di restoran Ban Heng di kolong blok HDB di Boon Keng pada Isnin (23 Nov) - kali kedua kebakaran berlaku di premis yang sama dalam tempoh kurang tiga tahun.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 22 Boon Keng Road itu pada sekitar 5.10 petang.

Menurutnya kebakaran itu melibatkan saluran ekzos dapur dan dipadamkan dengan menggunakan satu hos dan jet air.

Sebelum SCDF tiba, 20 orang menyelamatkan diri dari kawasan itu.

Pihak berkuasa menyatakan tiada kecederaan dilaporkan.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kepulan asap dari saluran ekzos dapur yang terbakar.

Beberapa anggota bomba kelihatan bergegas untuk memadamkan kebakaran sambil disaksikan orang ramai.

Para pengguna media sosial menulis komen bahawa kejadian itu bukan kali pertama restoran tersebut terbakar.

Pada Januari 2018, Mediacorp melaporkan kebakaran di restoran itu.

Kebakaran tersebut melibatkan saluran ekzos dapur di restoran berkenaan.

SCDF menyatakan pada Isnin bahawa punca kebakaran tersebut sedang disiasat.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita