Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 orang dikejarkan ke hospital dalam kemalangan di BKE

Seramai 20 orang dikejarkan ke hospital pada Ahad (13 Okt) setelah satu nahas melibatkan tiga kenderaan berlaku di Eksprewe Bukti Timah (BKE).

Anggaran Waktu Membaca:
20 orang dikejarkan ke hospital dalam kemalangan di BKE

Petikan gambar dari rakaman video setelah kemalangan berlaku di BKE pada 13 Okt 2019. (Gambar: Singapore Bus Drivers Community/Facebook)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 10:31PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 10:32PM

SINGAPURA: Seramai 20 orang dikejarkan ke hospital pada Ahad (13 Okt) setelah satu nahas melibatkan tiga kenderaan berlaku di Eksprewe Bukti Timah (BKE).

Polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang kemalangan yang membabitkan treler, bas swasta dan motosikal di BKE menghala ke Eksprewe Rentas Pulau (PIE) pada sekitar 1.40 petang.

Seramai 20 mangsa berusia antara lapan hingga 68 tahun dibawa ke Hospital Universiti Nasional, Hospital Ng Teng Fong dan Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar, menurut polis. Ia menambah siasatan sedang dijalankan.

Rakaman video kemalangan itu yang tersebar di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan respons kecemasan berada di tempat kejadian.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam catatan Twitter pada jam 1.45 petang memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya mengelak lorong ketiga ekpreswe tersebut.

Dalam catatan selanjutnya sekitar sejam kemudian, LTA menambah kesesakan berlaku sehingga Ekspreswe Seletar.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan