Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 masjid sediakan lebih banyak ruang solat Jumaat

Sebanyak 20 masjid akan menambah ruang solat yang disediakan kepada 100 bagi setiap zon bermula Jumaat (26 Nov) ini. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 20 masjid akan menambah ruang solat yang disediakan kepada 100 bagi setiap zon bermula Jumaat (26 Nov) ini.

Ini bermakna, lebih banyak slot baru akan ditambah bagi solat Jumaat minggu ini di masjid-masjid terbabit.

Buat masa ini, beberapa masjid sudahpun menyediakan ruang untuk 50 jemaah bagi solat fardu.

Dengan kemerosotan dalam kadar pertumbuhan jangkitan mingguan, MUIS bekerjasama dengan beberapa masjid untuk menambah jumlah jemaah kepada 100 bagi setiap zon.

Solat jemaah di Masjid Sultan. (Gambar: MUIS)

(Gambar: MUIS)

Menurut MUIS, solat berjemaah dan fardu akan terus dilaksanakan dengan jarak selamat, dalam tempoh masa yang disingkatkan, aturan pembersihan yang dipertingkat, tempat masuk dan keluar berasingan serta penggunaan aplikasi TraceTogether bagi pengesanan kontak.

Mengulas tentang perkembangan terbaru ini, Timbalan Mufti, Dr Mohammad Hannan Hassan menyeru masyarakat agar terus mengamalkan tanggungjawab sosial bagi menjaga keselamatan masyarakat.

"Sebagai tanda syukur, adalah penting untuk kita terus memelihara 'daruriyat' yakni perkara-perkara penting agama kita dan mengambil pendekatan berhati-hati apabila lebih banyak aktiviti keagamaan disambung semula. Jarak selamat antara saf masih diperlukan dan rukhsah untuk solat Jumaat bagi mereka yang tidak dapat menempah slot-slot Jumaat masih boleh digunakan," kata Dr Hannan.

Beliau juga menyeru jemaah untuk mendapatkan slot bagi solat Jumaat setiap minggu bila mana mungkin.

Dua minggu lalu (12 Nov), MUIS melaksanakan beberapa perubahan termasuk membolehkan orang ramai untuk menempah slot bagi solat Jumaat setiap minggu dan tidak lagi dikenakan masa menunggu dua tiga minggu sebelum boleh membuat satu lagi tempahan.

Senarai 20 masjid tawarkan 100 slot setiap zon:
Kelompok Timur
1. Masjid Al Abdul Razak
2. Masjid Al-Ansar
3. Masjid Al-Istighfar
4. Masjid Al-Mawaddah
5. Masjid Kassim

Kelompok Utara
1. Masjid Al-Muttaqin
2. Masjid Assyafaah
3. Masjid Darul Makmur
4. Masjid En-Naeem
5. Masjid Muhajirin

Kelompok Selatan
1. Masjid Abdul Gafoor
2. Masjid Al-Amin
3. Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
4. Masjid Mujahidin
5. Masjid Sultan

Kelompok Barat
1. Masjid Assyakirin
2. Masjid Darussalam
3. Masjid Maarof
4. Masjid Pusara Aman
5. Masjid Tentera Di Raja  

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan