Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 mahasiswa muslim NUS selamat pulang setelah terperangkap dek gempa Lombok

20 warga Singapura dari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Nasional Singapura (NUSMS) selamat tiba di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jul 2018 08:20PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 09:25PM

SINGAPURA: Seramai 20 warga Singapura dari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Nasional Singapura (NUSMS) selamat tiba di Singapura hari ini (31 Jul) selepas terperangkap dalam gempa bumi sekuat 6.4 skala Richter, di Lombok, Indonesia.

Ketibaan mereka disambut sanak saudara di Lapangan Terbang Changi.

Ia merupakan pertemuan semula penuh emosi bagi para pelajar NUS tersebut apabila disambut anggota keluarga dan sahabat handai di lapangan terbang.

"Risau, sedih, bimbang, keadaan budak-budak di sana fasal kita tak tau tempat tu macam mana. Mula-mula kita memang tidak tahu bagaimana keadaan tetapi dia kata ada gegaran. Saya bersyukur, alhamdullilah, semuanya selamat," kata Khamsiah Haron, nenek kepada mahasiswa bernama NurSazaiwani.

"Bila gempa bumi terjadi, kita semua keliru sebab kita semua tidak pernah mengalami gempa bumi di sini. Kita ikut arahan penduduk-penduduk di sana untuk kita pergi ke Sumbalun supaya kita selamat. Pada malam itu, semua orang mula rasa berkecamuk, risau, takut semua. Sekarang bersyukur semua selamat," kongsi Nadiah Afiqah, salah seorang anggota NUSMS.

Nadiah Afiqah adalah antara 20 penuntut dari Persatuan Muslim NUS yang ke Lombok untuk menyertai kegiatan menangani isu-isu sekitaran dan sosial sebagai sebahagian daripada program penglibatan masyarakat di luar negara selama dua minggu.

Bagaimanapun, akibat gempa bumi itu, lawatan mereka terpaksa dipendekkan demi keselamatan.

Sumber : CNA/NU/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan