20% lebih banyak ruang solat tarawih ditawarkan Qaryah pada Ramadan ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 46 kumpulan Qaryah akan menyediakan sekitar 15,500 ruang solat tarawih setiap malam sepanjang Ramadan tahun ini.
Jumlah itu kira-kira 20 peratus lebih banyak berbanding tahun lalu.
Tambahan itu juga disebabkan oleh adanya kumpulan-kumpulan Qaryah baharu di Tengah, Chua Chu Kang, Clementi, Pasir Ris dan Punggol.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), lokasi-lokasi Qaryah itu bagi memberi kemudahan untuk jemaah warga emas serta mereka yang kurang upaya.
"Ruang solat di kawasan perumahan amat bermakna khususnya untuk warga emas dan jemaah yang kurang berupaya. MUIS kekal komited untuk menyokong Qaryah-qaryah kita dan saya harap Qaryah akan terus bekerjasama. Kerjasama rapat dengan masjid demi memenuhi keperluan penduduk setempat dengan baik," kata Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.
"Saya juga berharap agar golongan belia dan keluarga muda terus menyokong masjid serta Qaryah di kejiranan masing-masing. Penyertaan anda bukan sahaja mengukuhkan ikatan masyarakat tetapi turut memperkayakan pengalaman ibadah kita bersama sambil kita berhimpun untuk beribadah dalam bulan yang mulia ini," tambahnya.
MASJID SEDIAKAN 110,000 RUANG SOLAT
Di samping itu, masjid-masjid merata negara menawarkan 110,000 ruang solat, dengan ruang khusus untuk jemaah wanita.
Sejumlah masjid juga akan menganjurkan sesi solat malam, atau Qiyamullail pada 10 malam terakhir Ramadan.
AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN
Pada Ramadan ini, pelbagai program SalamSG Ramadan juga ditawarkan sepanjang bulan.
Ini termasuk acara Quran Hour, Tazkirah Nuzul Quran pada 6 Mac di Masjid Darul Ghufran, 'Night of Power' pada 14 Mac di Masjid Darul Makmur serta Cabaran Belia Ramadan dari 14 hingga 15 Mac di masjid-masjid merentas empat daerah.
Maklumat lebih lengkap boleh didapatkan di go.gov.sg/ramadan2026, termasuk butiran mengenai solat tarawih dan lokasinya, program-program masjid serta khidmat seperti pengagihan bubur dan khidmat penjagaan kanak-kanak.
AMALKAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB DAN BERTIMBANG RASA
Dalam kenyataan media itu, MUIS turut menggalakkan masyarakat Islam agar terus mengamalkan sikap bertanggungjawab dan saling bertimbang rasa sepanjang Ramadan ini.
Jemaah dinasihatkan untuk menghormati kakitangan dan sukarelawan masjid, selain menjaga adab sebagai jiran yang baik.
Ini termasuk berkongsi kenderaan dan meletak kereta secara bertanggungjawab bagi mengelakkan kesulitan kepada penduduk lain.
Dr Faishal turut melahirkan penghargaannya buat para relawan masjid yang akan bertungkus-lumus menjayakan aktiviti Ramadan yang menyemarakkan sambutan bulan mulia itu.
"Terima kasih kepada para pegawai masjid, sukarelawan dan pemimpin masyarakat atas dedikasi anda untuk menjayakan persiapan ini. Usaha bersama ini menyerlahkan kekuatan masyarakat kita dalam menyokong ibadah umat Islam sambil memelihara keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya," kata Dr Faishal.
Beliau juga mengucapkan: "Selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Singapura. Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebaikan buat kita semua."

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.