20 kucing terbiar di dalam flat selama seminggu selepas paip kumbahan bocor
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pemilik flat meninggalkan 20 ekor kucing miliknya apabila paip kumbahan di rumahnya bocor. Dia hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai insiden itu selepas lapan hari.
Ketika para penyelamat tiba di flatnya di Bukit Merah, lantai unit tersebut dipenuhi najis manusia dan beberapa ekor kucing di situ meminum dari air paip yang bocor.
Persatuan Mencegah Penganiayaan Haiwan (SPCA) berkongsi insiden tersebut dalam satu catatan Instagram pada Rabu (6 Sep).
Insiden tersebut dimaklumkan oleh Persatuan Kebajikan Kucing pada 18 Ogos, mengenai keadaan 20 kucing itu.
Pemilik flat itu memberitahu bahawa paip tersebut bocor lapan hari sebelum itu, sehingga menyebabkan flatnya dalam keadaan kotor.
Pemilik itu juga meninggalkan semua kucingnya termasuk seekor anak kucing, yang terpaksa "menjaga diri mereka sendiri".
Dia juga meletakkan kucingnya dalam risiko tidak mendapatkan zat yang cukup dan diracun dari toksik najis manusia, tambah SPCA.
Para pegawai dari SPCA dan Persatuan Kebajikan Kucing bergegas ke flat itu pada petang yang sama, namun hanya berjaya masuk ke dalam selepas tengah malam.
Dua ekor kucing ditemui di dalam sangkar dan tidak diberikan makanan atau minuman.
SPCA menyifatkan keadaan itu sebagai "serius" dan menghubungi pihak berkuasa untuk merampas kucing tersebut untuk diberikan rawatan perubatan dengan segera.
Operasi menyelamat tersebut mengambil masa 12 jam, dedah SPCA.
"SPCA komited dalam membantu mencarikan rumah bagi kucing-kucing tersebut selepas siasatan diselesaikan dan kita sudah meminta pihak berkuasa untuk menyiasat insiden itu lagi," tambahnya.
PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN ADALAH "TANGGUNGJAWAB SEPANJANG HAYAT"
Haiwan peliharaan adalah "tanggungjawab sepanjang hayat" dan ia adalah tugas penjaganya untuk memastikan mereka dijaga tidak kira keadaannya, tegas SPCA.
"Walaupun sebelum berlakunya krisis, rancang apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda tidak dapat menjaga haiwan peliharaan secara tiba-tiba. Ia mungkin melibatkan bantuan dari ahli keluarga atau rakan yang boleh menjaganya buat seketika waktu."
Pemilik haiwan peliharaan boleh menghubungi talian SPCA di 6287 5355 atau menerusi emel di enquiries [at] spca.org.sg jika mereka berdepan masalah atau memerlukan bantuan.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.