20 keluarga penerima bantuan 4PM, badan amal Gylph Community buka puasa bersama di McDonald's
Sekitar 20 keluarga penerima bantuan dari Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dan Masyarakat Gylph dapat berbuka puasa bersama-sama di restoran makanan segera McDonald's pada malam Jumaat (6 Apr).
Acara di cawangan West Coast Highway itu adalah yang kedua dianjurkan.
Selain menikmati hidangan yang disediakan, aktiviti interaktif seperti mencipta kotak cahaya Ramadan juga diadakan.
Ketua Pengalaman Pelanggan (GEL) McDonald's, Cik Amaliya Rosman berkata beliau teruja diberi peluang menyertai sesi berbuka itu.
"Peranan saya untuk mendampingi rakan masyarakat, secara inklusif lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Kita ingin memupuk budaya ini dengan masyarakat tidak kira yang Muslim atau bukan Muslim. Saya ingin memastikan mereka rasa senang dan gembira di acara ini."
"Sebagai GEL, saya ingin adakan lebih hubungan dengan semua orang, memahami budaya berbeza dan memenuhi keperluan juga, dan membantu mereka seberapa boleh," tambah beliau lagi," kata Cik Amaliya kepada wartawan Nurhelmy Hakim.
Sebagai seorang yang juga pernah daripada keluarga berpendapatan rendah, beliau memahami cabaran-cabaran yang dihadapi keluarga-keluarga itu.
"Saya juga ingin mereka tahu bahawa walaupun tidak semestinya kita berpendapatan rendah, tidak semestinya kita tidak boleh menolong orang lain," tambah Cik Amaliya.
Seorang penerima bantuan yang hadir di acara iftar itu adalah Cik Selfiyana, ibu kepada empat orang anak.
"Ini pertama kali. Kita rasa gembira, anak-anak pun rasa gembira. Kita gembira sebab ada ramai kawan baharu yang dapat kita kenal," kata beliau.
Dalam usaha memupuk persefahaman silang budaya, diadakan juga satu sesi perkongsian tentang sambutan perayaan berbilang agama dan kepercayaan di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.