20 bekas pesalah dan keluarga tamat edisi ketiga Program Pengurusan Kes FITRAH
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lagi 20 peserta Program Pengurusan Kes (FCM) FITRAH yang memberi sokongan emosi dan sosial kepada bekas banduan berjaya menamatkan program itu.
Ini menjadikan jumlah peserta yang telah berjaya menamatkan program selama 18 bulan itu kepada 57 orang setakat ini.
Majlis tamat program ketiga berlangsung pada Sabtu (30 Nov) dengan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, ^Dr Muhammad Faishal Ibrahim selaku tetamu terhormat.
KEHIDUPAN PESERTA LEBIH STABIL
Dr Faishal berkata penilaian terhadap Program Pengurusan Kes (FCM) FITRAH menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam membantu peserta mencapai kestabilan dalam kehidupan mereka.
Menurut beliau, 94 peratus responden melaporkan bahawa mereka telah mencapai kestabilan di rumah bersama keluarga, manakala 91 peratus pula mengesahkan bahawa keperluan penginapan mereka telah dipenuhi.
Dapatan itu menekankan impak positif program FCM dalam menangani aspek-aspek penting kehidupan peserta, sekaligus menyokong proses integrasi semula mereka ke dalam masyarakat.
"FCM ini adalah satu program bukan sahaja satu program untuk pemulihan dan integrasi tapi program yang sangat mendalam dan merangkumi jangka masa yang lebih panjang. Dan apabila mereka sama-sama menjalankan program ini, mempelajari bukan sahaja dari segi ilmu, tapi apa yang mereka harus lakukan untuk mengukuhkan atau memantapkan perjalanan pemulihan dan integrasi semula mereka," kata Dr Faisal kepada BERITA Mediacorp.

KOMUNITI PENTING DALAM PROSES PEMULIHAN BEKAS PESALAH
Komuniti memainkan peranan penting dalam membantu banduan dan bekas pesalah serta keluarga mereka menjalani proses pemulihan.
"Dengan adanya sokongan masyarakat, mereka dapat merasakan kehadiran dalam kalangan komuniti yang memahami dan menyokong perjalanan ini. Mereka tidak berseorangan," kata Dr Faishal.
Sokongan itu bukan sahaja memberi ruang kepada mereka untuk menjalani proses pemulihan tetapi juga membantu mengubah pandangan masyarakat terhadap mereka.
"Penerimaan ini sangat penting kerana ia membuka hati dan minda bekas banduan serta keluarga mereka untuk terus tampil ke hadapan," jelasnya lagi.
Dr Faishal turut menekankan bahawa penerimaan masyarakat dapat menjadi dorongan besar untuk bekas banduan memulakan kehidupan baru.
"Jika mereka menerima sokongan yang baik, mereka akan berasa lebih selesa. Ia memberikan mereka semangat bukan sahaja untuk meneruskan proses pemulihan tetapi juga untuk memperbaiki kehidupan mereka," tambahnya.
SOKONGAN ALUMNI FCM
Salah satu usaha utama yang memainkan peranan besar dalam kejayaan program itu adalah 'kumpulan alumni' FCM.
Melaluinya, bekas peserta FCM terus berhubung rapat dengan satu sama lain, saling memeriksa kesejahteraan, dan memberi inspirasi kepada para peserta baharu untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat.
Alumni FCM bukan sahaja berperanan sebagai sokongan sosial, tetapi mereka juga menjadi pemangkin untuk kejayaan satu sama lain.
"Ahli sukarelawan yang lain mungkin tidak mempunyai kemahiran atau pun pengalaman yang serupa. Mesej mesej yang dikongsi oleh alumni ini, mereka boleh terus meneroka ke dalam hati bekas banduan ini, Jadi, dengan adanya ahli sukarelawan yang mungkin bukan bekas banduan dan juga dengan alumni, ia mengukuhkan ekosistem sokongan yang boleh kita berikan selepas bekas banduan ini keluar dari penjara dan juga sama sama boleh mengukuhkan keluarga mereka," kata Dr Faishal.
Salah seorang peserta program ialah "Jas" berkata beliau berjaya membina semula hubungan dengan isterinya dan anaknya.
"Ia telah menyemai semangat (saya) untuk menyumbang kembali, kerana mereka telah memberikan sokongan dan menjalin hubungan melalui aktiviti seperti futsal dan motocross," kata beliau.
"Jas" bertekad untuk terus berada di landasan yang betul, menjadi contoh teladan kepada keluarganya, dan memastikan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik bersama-sama.
FITRAH berikrar untuk terus memperkukuhkan lagi program FCM dengan kerjasama rangkaian Desistor Network4 dan rakan-rakan komuniti dalam Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO).
Bersama-sama, mereka akan merangka inisiatif dan program yang lebih bermakna, bertujuan untuk memperkasakan individu dan keluarga dalam mencapai kejayaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.