Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20 bas awam berhias Chingay masa lampau

Anggaran Waktu Membaca:
20 bas awam berhias Chingay masa lampau
Diterbitkan : 25 Jan 2022 09:01PM Dikemas Kini : 25 Jan 2022 09:04PM

SINGAPURA: 20 bas awam diberi nafas baru dengan hiasan ala kenderaan berhias Chingay masa lampau sempena edisi ke-50 acara itu.

Terdapat ciri-ciri maya untuk diterokai penumpang seperti cerita daripada peserta Chingay lalu.

Sebanyak 14 jenis hiasan bas akan mewarnai jalan raya seperti Little India, Chinatown dan Geylang Serai.

Orang ramai juga boleh menaiki bas tersebut dan mengimbas kod QR untuk menonton video tentang Chingay.

Penumpang juga boleh mengimbas kod QR lain di dalam bas tersebut untuk menggunakan ciri-ciri Instagram dan mendapatkan fakta menarik yang lain mengenai Chingay.

Melalui ciri-ciri berkenaan, penumpang diharapkan dapat mempelajari aspek-aspek lain Chingay dan kenderaan berhias.

20 bas awam itu akan berada di jalan-jalan raya selama dua bulan akan datang.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan