20 artis buat persembahan di Konsert NDP Mediacorp dan Taman di Persisiran
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Roslinda Rahmat/BERITA Mediacorp
SINGAPURA: Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp dan Taman di Persisiran kembali menggegarkan kawasan The Meadow pada Ahad (4 Ogos).
Edisi ke-6 yang membawa tema "Our Home, Our Heart, Our Singapore", menampilkan lebih 20 artis popular tempatan, pelbagai aktiviti mesra keluarga serta pertunjukan bunga api yang memukau.
Konsert tersebut menjanjikan hiburan tanpa henti selama dua jam menampilkan nama-nama besar tempatan seperti Benjamin Kheng, Olivia Ong, Shabir, Taufik Batisah dan Sezairi Sezali.
Sezairi, artis Singapura pertama yang mencapai 100 juta penstriman di Spotify, akan membawakan dua buah lagu, 'Memory' daripada album terbaharunya dan lagu hitsnya "It's You".
"Pada tahun lalu, saya berpeluang buat 'tour' di beberapa kota di Indonesia dan tahun akan datang ada rancangan untuk 'tour'. Jadi saya berasa sangat gembira dapat membuat persembahan di Singapura ini setelah beberapa lama. Teruja juga sebab Hari Kebangsaan ini memang sangat istimewa bagi saya sebab hari lahir saya juga dekat dengan Hari Kebangsaan," kata Sezairi kepada wartawan Roslinda Rahmat.

Penyanyi Amni Musfirah pula memberi sentuhan baharu kepada lagu 'Bunga Sayang' ciptaan Dick Lee.
Lebih istimewa, beliau diiringi para penari dari Diverse Abilities Dance Collective (DADC), sebuah inisiatif masyarakat yang sasarannya untuk memupuk masyarakat inklusif menerusi tarian.
"Yang paling mencabar untuk kami, pertama mereka menggunakan lebih waktu untuk menghafal pergerakan mereka. Jadi waktu mereka menari dengan kami, kalau kita tidak 'cue' mereka secara fizikal agak susah," kata Guru Tari DADC, Shahrin Johry.
Pentas dihangatkan lagi dengan kekuatan vokal penyanyi rap omarKENOBI yang akan juga berganding dengan Shabir.

Liu Ling Ling, Rahimah Rahim dan John Klass akan membuat persembahan medley bagi lagu-lagu rakyat Singapura seperti Singapore Town dan Munneru Vaalibaa.
Konsert berlangsung dari jam 7.30 malam hingga 9.30 malam di The Meadow, Taman di Persisiran.
Ia juga dapat ditonton di meWatch, Saluran 5 dan saluran YouTube Mediacorp Entertainment pada 17 Ogos nanti.
Mereka yang datang seawal 4.30 petang boleh menyertai pelbagai aktiviti di karnival yang diadakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.