Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

20-24% pemohon BTO kali pertama di estet matang berjaya pada percubaan pertama, kata Desmond Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kurang dua peratus pembeli rumah kali pertama perlu mencuba lebih daripada lima kali untuk mendapatkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet matang antara 2019 hingga 2021.

Menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, jumlah pemohon yang berjaya mendapat flat BTO di estet matang pada kali pertama adalah antara 20 hingga 24 peratus.

Dalam kalangan pemohon kali pertama yang berjaya, median jumlah percubaan sebelum berhasil mendapat flat BTO di estet matang, adalah satu kali saja.

Encik Lee berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen dari Parti Pekerja, He Ting Ru pada Rabu (30 Nov).

Encik Lee berkongsi, hampir kesemua pembeli kali pertama berkeluarga yang memohon flat BTO di estet-estet belum matang, diberi peluang untuk memilih sebuah flat dalam percubaan kali pertama hingga ketiga.

Hampir 90 peratus pemohon pula ditawarkan pemilihan flat antara percubaan kali pertama hingga kedua.

Dalam respons berasingan kepada pertanyaan Anggota Parlimen Sembawang dari Parti Tindakan Rakyat, Mariam Jaafar, Encik Lee berkata sekitar 40 peratus pemohon yang ditawarkan flat BTO, memutuskan untuk tidak memilih flat mereka.

Antara sebab yang lazim berikan adalah, unit yang diinginkan tidak lagi ditawarkan, mereka berhasrat untuk memohon flat di bawah penjualan lain atau memutuskan untuk membeli flat jualan semula.
Sumber : Today/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan