Skip to main content

Singapura

20,000 penduduk dapat habuan perayaan CDC Barat Laut

20,000 penduduk dari 6,500 keluarga akan menerima habuan perayaan dari Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jan 2020 08:07PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 09:28PM

SINGAPURA: 20,000 penduduk dari 6,500 keluarga akan menerima habuan perayaan dari Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut.

Agihannya bermula hari ini (5 Jan) selama tiga minggu bagi sambutan Tahun Baru Cina.

Habuan yang diberikan tersebut mengandungi barangan makanan dan minuman yang lebih sihat.

1,600 sukarelawan dari syarikat-syarikat, sekolah serta pertubuhan masyarakat membungkus dan menghantar habuan itu ke rumah para penerimanya.

Ada juga relawan memberikan barangan tambahan atau menganjurkan pesta untuk para penduduk.

Selain itu 90 keluarga memerlukan akan dibantu memperbaiki dan mencantikkan rumah mereka. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita