Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 warga S'pura antara 37 diberkas salah guna dadah di kelab malam KL

Polis membongkar kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pengunjung sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang dan menahan 37 individu, dua daripadanya warga Singapura, awal hari ini (10 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga S'pura antara 37 diberkas salah guna dadah di kelab malam KL

(Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 09:50PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 09:53PM

KUALA LUMPUR: Polis membongkar kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pengunjung sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang dan menahan 37 individu, dua daripadanya warga Singapura, awal hari ini (10 Mac).

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata para suspek ditahan dalam serbuan dijalankan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada sekitar 2.45 pagi.

Dalam operasi tersebut, 81 individu berumur dalam lingkungan usia antara 20 hingga 40-an tahun, diperiksa. 37 daripadanya yang terdiri daripada 28 lelaki serta sembilan wanita didapati positif dadah.

Polis menggunakan khidmat Unit Pengesan Anjing (K9) bagi menghidu bau dadah selepas beberapa botol minuman berisi dadah dirampas di pusat hiburan berkenaan, katanya ketika ditemui pihak media di pusat hiburan berkenaan.

Hasil siasatan mendapati pemilik pusat hiburan itu menggajikan pelayan pelanggan (GRO) warga asing untuk melariskan perniagaan mereka.

Polis turut menahan 15 GRO yang terdiri daripada 10 warga China dan lima warga Vietnam.

“Air minuman berisi dadah itu ditemui di dalam sebuah bilik yang didiami empat lelaki termasuk dua warga Singapura bersama empat GRO warga China,” katanya.

Semua yang ditahan dibawa ke IPKKL bagi tindakan lanjut. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan