2 warga Malaysia bakal didakwa selepas mangsa ditipu hingga rugi 8.6kg emas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail jongkong emas. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Dua lelaki warga Malaysia akan didakwa selepas mereka disyaki terlibat dalam penipuan menyamar sebagai pegawai pemerintah, di mana seorang wanita diperdaya sehingga kerugian 8.6 kilogram emas, menurut polis Singapura pada Sabtu (21 Mac).
Suspek berusia 30 dan 20 tahun itu akan didakwa di mahkamah dalam tempoh dua hari akan datang.
Polis turut memaklumkan bahawa lapan rakyat Malaysia sudah ditahan bagi kes serupa sepanjang bulan ini sahaja.
Kes itu terbongkar pada Jumaat apabila polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 62 tahun yang menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa pegawai dari syarikat telekomunikasi M1 dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Mangsa diberitahu bahawa dia mempunyai bil tertunggak sebanyak S$350 yang tidak dapat ditolak daripada akaun banknya.
Mangsa kemudian dimaklumkan bahawa beberapa produk Apple turut dibeli menggunakan akaunnya dan dihantar ke sebuah alamat di Bukit Batok.
Apabila mangsa menyatakan bahawa beliau tidak mengenali alamat tersebut dan cuba membatalkan transaksi berkenaan, beliau dirujuk kepada seseorang yang menyamar sebagai pegawai penyiasat MAS.
Individu itu mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan mengarahkan beliau untuk mengisytiharkan asetnya.
Selepas mangsa mendedahkan barangan berharganya, termasuk 8.6 kilogram emas, beliau diarahkan untuk menyerahkannya bagi tujuan pemeriksaan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
Mangsa diminta meletakkan emas tersebut dalam sebuah beg dan memandu ke kawasan berhampiran bangunan MAS, di mana seorang lelaki menghampiri kenderaannya, menyebut kata laluan dan mengambil beg tersebut sebelum beredar.
Mangsa mula berasa curiga dan mendapat tahu daripada seorang pengawal keselamatan bahawa lelaki tersebut tidak ada kaitan dengan MAS.
Mangsa kemudian membuat aduan polis.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu dipercayai diarahkan oleh individu tidak dikenali, yang dipercayai sebahagian daripada sindiket penipuan rentas negara, untuk mengumpul barangan berharga termasuk wang tunai, jongkong emas dan barang kemas daripada mangsa, sebelum menyerahkannya kepada individu lain,” kata polis.
“Polis terus melihat peningkatan trend warga Malaysia yang datang ke Singapura untuk membantu sindiket penipuan mengutip wang dan barangan berharga daripada mangsa,” tambah mereka.
Lelaki berusia 30 tahun yang mengambil emas mangsa ditahan pada Sabtu ketika cuba meninggalkan Singapura, manakala lelaki berusia 20 tahun ditahan di Woodlands pada hari yang sama.
Pas pengenalan palsu turut dirampas daripada lelaki berusia 30 tahun itu.
Kedua-dua lelaki tersebut akan didakwa atas kesalahan membantu orang lain mengekalkan hasil daripada kegiatan jenayah.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga S$500,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.