2 warga China diberkas atas tuduhan mencuri dalam penerbangan KL-SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua warga China berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun setelah mereka diberkas kerana mencuri dalam satu penerbangan Scoot pada Isnin (3 Jun).
Dokumen mahkamah menyatakan jenayah yang dilakukan dalam sebuah pesawat yang berdaftar di Singapura, tertakluk kepada undang-undang Singapura, tidak kira destinasi yang dituju kapal terbang berkenaan.
Barang-barangan yang didakwa dicuri adalah dua kad debit dan wang tunai sekitar S$170.
Jenayah itu dikatakan berlaku dalam penerbangan TR469 Scoot dari Kuala Lumpur ke Singapura.
Seorang pegawai polis yang tidak bertugas berada dalam penerbangan tersebut dan ternampak kedua-dua warga China itu berkelakuan mencurigakan.
Beliau kemudian memaklumkan pihak berkuasa sejurus keluar dari pesawat.
Seorang saksi Imran Mohammad Hajar berkata: "Kami duduk di barisan dua dan kami ternampak seorang lelaki mundar-mandir dalam kabin secara mencurigakan. Dia dilihat membuka salah satu kompartmen di atas dan mengeluarkan sesuatu dari sebuah bag sandang dan memasukkannya ke dalam satu lagi beg."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.