Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 warga Bangladesh ditangkap; 2,500 karton rokok dirampas dalam serbuan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pihak berkuasa menangkap dua orang warga Bangladesh kerana terlibat dalam urus niaga rokok tidak dibayar cukai.

Turut dirampas, 2,500 karton dan 19 batang rokok dalam satu serbuan di Gul Circle.

Ia merupakan operasi keempat seumpamanya bulan ini.

Penangkapan dua lelaki itu dibuat setelah salah seorang daripada mereka dilihat memanjat pagar sebuah bangunan perusahaan yang kosong.

Di situlah turut ditemui lebih 1,000 karton rokok tidak dibayar cukai dalam dua unit stor.

Lebih banyak rokok tidak dibayar cukai turut ditemukan bersama lelaki terbabit.

Pada keseluruhannya, cukai yang dielakkan berjumlah lebih $200,000.

Para pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai yang dielakkan atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan