Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 wanita Malaysia bersama 3 bongkah ganja ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas

Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan dua wanita warga Malaysia berusia 22 dan 23 tahun di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Rabu (19 Feb) setelah ganja melebihi tiga kilogram ditemui dalam kereta yang mereka naiki.

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita Malaysia bersama 3 bongkah ganja ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas

(Gambar: CNB)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 11:21PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 11:23PM

SINGAPURA: Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan dua wanita warga Malaysia berusia 22 dan 23 tahun di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Rabu (19 Feb) setelah ganja melebihi tiga kilogram ditemui dalam kereta yang mereka naiki.

Menurut kenyataan media ICA hari ini, pada sekitar 4.48 pagi Rabu, para pegawai melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta berdaftar Malaysia.

Mereka menemui dua bongkah ganja seberat sekitar 2,017 gram disembunyikan dalam tempat duduk penumpang.

Dua wanita warga Malaysia dalam kereta itu ditahan dan kes tersebut dirujukkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB).

Pemeriksaan susulan oleh para pegawai CNB menjumpai satu lagi bongkah ganja seberat 1,014 gram tersembunyi di sebelah kiri tempat duduk penumpang.

Menurut kenyataan ICA, dadah seberat 3,031g yang dirampas itu bernilai sekitar S$30,000 dan cukup untuk kegunaan sekitar 430 penagih selama seminggu.

ICA menekankan bahawa ganja adalah dadah terkawal Kelas A yang disenaraikan di bawah Akta Salah Guna Dadah Singapura. Adalah satu kesalahan untuk mengambil, memiliki, mengedar, mengimport atau mengeksport mana-mana jenis dadah terkawal.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan