Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 wanita didakwa curi lebih 100 kotak kit ART bernilai S$14,000

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita didakwa curi lebih 100 kotak kit ART bernilai S$14,000

Gambar fail petugas kesihatan melakukan ujian swab.  (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Dua wanita didakwa di mahkamah hari ini (29 Apr) atas tuduhan mencuri lebih 100 kotak kit ujian pantas antigen (ART) yang bernilai kira-kira S$14,000.

Deng Xiangying, 27 tahun, dan Audrey Sau Qi Ng, 24 tahun didakwa atas satu tuduhan setiap seorang, iaitu menyelewengkan harta benda secara tidak jujur dan menggunakan hasil perbuatan jenayah.

Mereka dituduh mencuri 103 kotak kit ART di terminal bas Little India sekitar pukul 3.04 petang pada 19 September 2021, menurut dokumen-dokumen mahkamah.

Mereka kemudian dipercayai menjual 44 kotak kit ujian tersebut pada harga sekitar S$5,300 antara 29 September dengan 1 Oktober 2021.

Semalam (28 Apr), polis menyatakan kedua-dua wanita dipercayai mencuri kit ART dari sebuah pusat ujian pantas COVID-19 di Tekka, di mana mereka dikerahkan untuk bertugas. Mereka kemudian menjualnya online bagi mendapatkan keuntungan.

Pusat ujian pantas di Tekka itu ditempatkan di terminal bas Little India.

Kedua-dua wanita akan dihadapkan semula ke mahkamah pada minggu depan.

Hukuman bagi kesalahan menyelewengkan harta benda secara tidak jujur adalah hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Hukuman bagi kesalahan menggunakan hasil jenayah adalah hukuman penjara sehingga 10 tahun penjara, denda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali.
 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan