2 wanita bakal didakwa kerana seleweng S$1.7 juta dan guna untuk judi, lunas pinjaman
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan Mahkamah Negara. (Gambar fail: CNA/Ili Mansor)
- Dua wanita di Singapura, termasuk bekas pengurus cawangan bank, didakwa kerana menyeleweng lebih S$1.7 juta dana bank antara Mei 2021 hingga Ogos 2022.
- Bekas pengurus cawangan berusia 65 tahun menggelapkan wang dari peti besi bank, memalsukan rekod, dan menyerahkan dana kepada wanita berusia 36 tahun.
- Wang tersebut digunakan untuk membayar pinjaman serta berjudi di kasino tempatan dan platform perjudian jarak jauh secara haram.
- Kedua-dua wanita akan didakwa pada 1 Julai atas pelbagai kesalahan termasuk pecah amanah, pengubahan wang haram, dan perjudian haram, dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.
SINGAPURA: Dua wanita akan didakwa di mahkamah pada Rabu (1 Julai) selepas mereka didakwa menggunakan lebih daripada S$1.7 juta (US$1.3 juta) dana yang diselewengkan untuk melunaskan pinjaman dan berjudi.
Salah seorang wanita, kini berusia 65 tahun, menggelapkan wang tunai dari peti besi bank semasa bekerja sebagai pengurus cawangan, kata polis dalam kenyataan medianya pada Selasa (30 Jun).
Antara Mei 2021 hingga 29 Ogos 2022, wanita itu sudah menyalahgunakan S$1,729,000 daripada bank untuk membayar balik pinjaman dan membiayai aktiviti perjudian, kata Pasukan Polis Singapura (SPF).
“Bagi elak dikesan, dia telah memalsukan rekod buku tunai bank sekurang-kurangnya 206 kali,” menurut SPF.
Polis dimaklumkan tentang kes itu pada September 2022, dan siasatan lanjut mendedahkan bekas pengurus cawangan itu menyerahkan sebahagian besar dana yang diseleweng itu kepada seorang wanita berusia 36 tahun.
Polis tidak menyatakan bagaimana kedua-dua wanita itu mengenali antara satu sama lain.
Wanita yang lebih muda itu menggunakan wang tersebut untuk berjudi di kasino tempatan dan di platform haram perjudian jarak jauh, kata SPF.
Antara Disember 2021 hingga September 2022, dia menebus cip bernilai S$1,521,509 di kasino tempatan dan memindahkan S$790,106 ke beberapa akaun bank pihak ketiga untuk berjudi dari jarak jauh, kata polis.
“Bekas pengurus cawangan itu telah menebus cip kasino berjumlah S$42,405 di sebuah kasino tempatan,” tambah SPF.
Wanita-wanita terbabit akan didakwa pada Rabu (1 Jul) dengan pelbagai kesalahan, termasuk pengubahan wang haram dan perjudian jarak jauh secara haram.
Bekas pengurus cawangan itu akan didakwa dengan dua tuduhan pecah amanah jenayah oleh seorang pekerja di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Dia juga akan berdepan dua tuduhan gabungan memalsukan akaun, tiga tuduhan gabungan memindahkan hasil daripada kegiatan jenayah, serta satu tuduhan gabungan menggunakan hasil daripada kegiatan jenayah.
Wanita yang lebih muda itu akan didakwa dengan tiga tuduhan gabungan menggunakan hasil daripada kegiatan jenayah serta satu tuduhan gabungan menjalankan kegiatan perjudian jarak jauh secara haram.
Sesiapa yang sabit kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.