Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 wanita & 1 lelaki diberkas jual barangan tiruan online lebih S$18,000

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita & 1 lelaki diberkas jual barangan tiruan online lebih S$18,000

Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF)

SINGAPURA: Dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 40 dengan 44 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan barangan tiruan online, menurut polis pada Khamis (26 Mei).

Para pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) melancarkan operasi penguatkuasaan di Bedok North Street 2, Boon Keng Road dan Rivervale Crescent pada Rabu.

Lebih 800 barangan dipercayai melanggar tanda perniagaan merangkumi pakaian, beg, produk kosmetik dan aksesori yang dirampas dalam operasi itu, menurut polis.

Barangan yang dirampas dianggarkan bernilai lebih S$18,000, dedah agensi tersebut.

Siasatan masih dijalankan.

Sesiapa saja yang didapati bersalah kerana menjual atau mengedarkan barangan dengan tanda perniagaan palsu boleh didenda sehingga S$100,000, dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Polis memandang serius terhadap perbuatan melanggar hak milik intelektual dan mengingatkan orang ramai bahawa mengedar dan menjual barangan tiruan adalah satu kesalahan yang serius.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tindakan tegas terhadap pelaku yang mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan daripada pengguna dan perniagaan yang sah," tegas polis.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan