Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 tuan tanah yang elak cukai pendapatan sewa S$650,000 didenda

Dua pemilik hartanah yang tidak mengisytiharkan pendapatan sewa bernilai ratusan ribu dolar dalam pulangan cukai mereka, dihukum denda hari ini (19 Dis) dan diarahkan membayar penalti bernilai lebih S$100,000 setiap seorang.

Anggaran Waktu Membaca:
2 tuan tanah yang elak cukai pendapatan sewa S$650,000 didenda

Bangunan Penguasa Hasil Mahsul Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 05:55PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 06:01PM

SINGAPURA: Dua pemilik hartanah yang tidak mengisytiharkan pendapatan sewa bernilai ratusan ribu dolar dalam pulangan cukai mereka, dihukum denda hari ini (19 Dis) dan diarahkan membayar penalti bernilai lebih S$100,000 setiap seorang.

Lim Moy Hai, 68 tahun dan Chua Kok Khoon, 48, memiliki bersama 11 hartanah di beberapa kawasan termasuk Yishun, Bukit Batok, Ang Mo Kio dan Tampines.

Lim mempunyai lima hartanah lain dimiliki sendiri atau bersama orang lain.

Antara 2011 hingga 2013, Lim tidak mengisytihar pendapatan sewa sekitar S$352,000 yang diraih menerusi hartanahnya.

Selain hartanah yang dimiliki bersama Chua, Lim juga menyewakan beberapa lagi di Pasir Ris, Kaki Bukit dan Jalan Bukit Merah.

Chua pula gagal mengisytihar sebanyak S$299,769 semasa memfailkan cukai pendapatannya antara 2012 hingga 2014.

Kedua-dua individu mengaku bersalah pada Rabu. Lim didenda S$9,000 dan diarahkan membayar S$121,911.34, seganda nilai cukai yang dielak. Chua pula didenda S$7,500 dan diarah membayar penalti S$113,209.50.

Mahkamah meluluskan permohonan mereka untuk membayar dendan tersebut secara ansuran. Mereka diberi sehingga Disember tahun depan untuk melunaskan semua penalti.

Dalam satu kenyataan, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) menyatakan pihaknya memandang serius terhadap perbuatan tidak mematuhi dan cuba mengelakkan cukai dan tidak akan teragak-agak untuk mengheret pesalah-pesalah ke mahkamah.

Penalti bagi percubaan mengelak dari membayar cukai adalah sehingga tiga kali ganda lebih nilai cukai yang dielak, dan pesalah juga boleh dipenjara.

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan