2 tokoh ulung agama terima Anugerah Hari Kebangsaan 2024
Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan dan Timbalan Mufti, Dr Murat Aris antara 6,774 individu dapat Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 6,774 individu diiktiraf dengan Anugerah Hari Kebangsaan 2024 atas sumbangan atau khidmat kepada negara atau pencapaian cemerlang mereka.
Pengiktirafan tertinggi tahun ini diberikan kepada Pengerusi Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Peter Ho Hak Ean.
Encik Peter Ho menerima Darjah Utama Nila Utama (Dengan Kepujian Tinggi).
Sejumlah individu Melayu/Islam yang menerima anugerah tahun ini termasuk Anggota Majlis Presiden bagi Hak-Hak Kaum Minoriti, Syed Hassan bin Syed Mohammad bin Salim Al-Attas dan Timbalan Mufti, Dr Murat Aris.
HABIB HASSAN TERIMA PENGIKTIRAFAN KEDUA TERTINGGI
Encik Syed Hassan yang lebih dikenali sebagai Habib Hassan diiktiraf atas sumbangannya dalam memelihara keamanan berbilang kaum dan agama di negara ini.
Beliau menerima pengiktirafan kedua tertinggi bagi Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Darjah Utama Bakti Cemerlang.

Habib Hassan, 72 tahun berkata beliau dengan rendah hati menerima pengiktirafan itu.
"Saya merasa terperanjat menerima anugerah ini kerana saya rasa ramai yang lebih berusaha dan telah menjalankan banyak perkara yang cukup mulia buat negara. Di samping itu saya bersyukur kepada Allah swt apa sahaja sumbangan yang kecil yang kita dapat lakukan semasa hayat ini, saya bersyukur kepada Allah swt. Yang penting kehidupan masyarakat kita, sedaya upaya kalau kita dapat usahakan supaya dapat berada dalam keadaan aman dan damai,'' kata Habib Hassan.
Beliau juga menabur bakti sebagai Imam Masjid Ba'alwie yang dibangunkan Allahyarham bapanya pada 1952.
Di bawah kepimpinan Habib Hassan, masjid itu telah menerima kunjungan para tetamu terhormat dari dalam dan luar negara.
Tokoh agama itu disenangi dan disegani ramai.
Di samping itu, beliau juga merupakan anggota majlis Pertubuhan Antara Agama (IRO).
Dalam wawancara bersama wartawan Izwan Ohtman, Habib Hassan berkongsi pengalamannya membesar dengan kawan-kawan berbilang kaum dan agama di Upper Serangoon dahulu yang membolehkannya lebih menghargai keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
Melihat pergolakan yang tercetus di belahan lain dunia sekarang, beliau merasakan pemimpin agama boleh mainkan peranan mendamaikan.
"Kita berasa beruntung setakat ini kerana pemimpin-pemimpin lain agama di Singapura cukup prihatin tentang keamanan dan usaha bersama. Kita berasa cukup penting, apa yang berlaku di luar negara, itu adalah pergolakan politik kerana hubungan antara kaum telah lama terjalin. Jika ada cebisan-cebisan yang tidak senang, kita lihat pemimpin-pemimpin agama di Singapura akan berdiri untuk menyatukan hati," kongsi Habib Hassan.
Sempena ulang tahun negara yang ke-59, beliau mendoakan kesejahteraan negara dan berharap kemakmurannya akan terus terpelihara.
"Pegangan yang saya belajar dari dulu adalah bagaimana Islam mengarahkan kita cinta kepada negara, itu adalah salah satu cabang iman. Kalau kita di Singapura sebagai rakyat adalah penting untuk kita cinta kepada negara kita dan sedaya upaya kita menjaga amanah, menjaga kebaikan dan berusaha apa yang kita dapat untuk membetulkan apa yang salah untuk keamanan," kata Habib Hassan.
Beliau pernah menerima Pingat Khidmat Merit semasa Anugerah Hari Kebangsaan 2015.
DR MURAT HARAP PENGIKTIRAFAN JADI INSPIRASI
Lagi seorang tokoh agama yang menerima penghargaan sempena Hari Kebangsaan tahun ini ialah Timbalan Mufti, Dr Murat Aris.
Beliau menerima Pingat Pentadbiran Awam (Perak) bagi Anugerah Hari Kebangsaan 2024.
Dr Murat menyandang jawatan selaku Timbalan Mufti sejak 2020 dan sudah banyak menyumbang kepada pembangunan sosioagama masyarakat Islam di negara ini.
Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat selaku Pengarah Pejabat Mufti dan Pengarah Eksekutif Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
Dalam jawapan bertulisnya, Dr Murat berkata: "Anugerah ini adalah suatu pengiktirafan dan penghormatan yang sangat istimewa dan bermakna buat saya. Saya melihatnya sebagai pengiktirafan istimewa terhadap saya, pasukan saya dan warga MUIS seluruhnya. Saya berterima kasih dan bersyukur atas penghargaan ini. Ia tentunya menjadi sumber inspirasi dan terus memperkukuh semangat saya untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara tercinta ini."
Selain mereka, senarai penerima Melayu/Islam adalah seperti berikut:
Darjah Utama Bakti Cemerlang
1. Syed Hassan bin Syed Mohammad bin
Salim Al-Attas, Anggota Majlis Presiden bagi Hak-Hak Kaum Minoriti
Bintang Bakti Masyarakat (Lintang)
2. Syed Ahmad bin Syed Yusof Alsagoff, Naib Pengerusi Pasir Ris West CCC
Bintang Bakti Masyarakat
3. Mohd Hassan Marican, Mantan Pengerusi SP Board
4. Dahlan Hussin, Anggota Cashew CCC
5. Ramlee bin Buang, Pengerusi 1FSS Pte Ltd
6. Mohamed Muzammil bin Mohamed, Peguam Cara, Biro Bantuan Guaman
7. Mohamed Abdul Akbar bin Mohamed Abdul Kader, Anggota Majlis Agensi Hartanah
Pingat Pentadbiran Awam (Perak)
8. Dr Mohd Murat bin Md Aris, Timbalan Mufti
9. Farah Abdul Rahim, Pengarah Perhubungan dan Pendampingan
Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa)
10. Asmah bte Alias, Pengurus Besar, Taman Warisan Melayu
11. Khalid bin Abdul Samad, Timbalan Pengarah dan Ketua Penyelidik, Divisyen Penguatkuasaan dan Pematuhan, SkillsFuture Singapore
12. Salbiah bte Abas, Timbalan Pengarah (Bahasa Ibunda), Divisyen 1 Perancangan dan Pembangunan Kurikulum MOE
13. Norhazan bte Abdul Rahman, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) Divisyen Infrastruktur & Khidmat Kemudahan
14. Profesor Madya Suzaina bte Abdul Kadir, Naib Dekan dan Profesor Madya di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, NUS
15. Muhammad Farizal bin Umar Effendi, Pengetua Sekolah Rendah Radin Mas
16. Mohamed Yazeed bin Mohamed Said, Naib Pengetua Sekolah Rendah Pei Tong
17. Mohamad Amran Shah bin Abdul
Rahim, Naib Pengetua (Pentadbiran) Maktab Rendah Eunoia
18. Sharifah Samirah bte Syed
Mohamad, Naib Pengetua Sekolah Rendah Punggol View
19. Profesor Madya Adjung Aisha Lateef, Timbalan Ketua, Divisyen Perubatan, Ketua dan Konsultan Kanan Woodlands Health
20. Fatimah bte Moideen Kutty, Pengarah Operasi Pesakit dan Khidmat Ambulatori, Hospital Khoo Teck Puat
21. Triana Ridwen, Pengarah Divisyen Pemantauan dan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan
22. Taufik Ahmed Faroock, Pengarah Marin dan Luar Pesisir, Tenaga & Kimia, Enterprise Singapore
23. Izzah Amalina bte Zainudin, Timbalan Pengarah dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan
Senarai penuh penerima Anugerah Hari Kebangsaan 2024 boleh didapatkan di sini.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.