Skip to main content

Singapura

2 tapak tanah bagi model perumahan sewa minimum 3 bulan ditawar melalui tender

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Dec 2023 07:24PM Dikemas Kini : 05 Dec 2023 12:08AM
SINGAPURA: Dua tapak bagi pembinaan model baharu perumahan sewa untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan, ditawarkan untuk dijual menerusi tender.

Rumah-rumah sewa privet itu akan dibina bersama-sama dengan unit yang mempunyai tempoh pajakan 99 tahun.

Satu daripada tapak tersebut terletak di Zion Road.

Sebanyak 1,170 unit akan dibina di situ, dengan 435 unit adalah apartmen servis baharu di bawah model perumahan sewa jangka panjang.

Satu lagi terletak di Upper Thomson Road yang bakal ada sekitar 100 unit sewa sedemikian, di kalangan 640 unit rumah kediaman.

Model baharu itu diumumkan minggu lalu.

Ia bertujuan memenuhi keperluan mereka yang lebih suka menyewa daripada membeli rumah.

Para pemerhati pasaran berkata tidak semua pemaju hartanah mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan apartmen servis seperti itu.

Oleh itu, ini mungkin bermakna, tidak akan ada lebih daripada tiga pembida bagi projek tersebut.

Satu lagi tapak tanah di Upper Thomson akan mempunyai sekitar 940 unit kediaman dibina dengan tempoh pajakan 99 tahun.

Ia akan diperkenalkan sebagai kawasan kejiranan baharu di Kawasan Springleaf.

Para penduduk di sana berpeluang menikmati lebih banyak kemudahan di kawasan itu serta stesen MRT baharu.

Tapak-tapak itu juga terletak berdekatan Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah, di mana kajian alam sekitar dijalankan.

Maklum balas yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk mengurangkan kesan kepada biodiversiti sekeliling dan memastikan haiwan dapat berpindah dari satu tempat ke satu tempat dengan selamat.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita