Skip to main content

Singapura

2 syarikat e-skuter didenda kerana beroperasi tanpa lesen

Pengendali-pengendali syarikat sewa e-skuter Neuron Mobility dan Telepod pada Isnin (16 Sep) masing-masing didenda S$38,000 dan S$16,000 kerana menawarkan perkhidmatan tanpa memiliki lesen.

Anggaran Waktu Membaca:
2 syarikat e-skuter didenda kerana beroperasi tanpa lesen

E-skuter Telepod. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 16 Sep 2019 10:54PM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 10:58PM

SINGAPURA: Pengendali-pengendali syarikat sewa e-skuter Neuron Mobility dan Telepod pada Isnin (16 Sep) masing-masing didenda S$38,000 dan S$16,000 kerana menawarkan perkhidmatan tanpa memiliki lesen.

Kedua-dua firma itu antara yang pertama dalam industri yang menawarkan perkhidmatan menyewa e-skuter ketika mereka melancarkannya pada 2017.

Syarikat-syarikat itu menyediakan khidmat sewa e-skuter, sekali gus para pengguna mesti memulangkan peralatan itu di kawasan-kawasan tertentu di merata negara.

Bagaimanapun, para pegawai penguatkuasaan mobiliti aktif menemui 93 e-skuter Neruon dan 48 e-skuter Telepod, sebelum syarikat-syarikat itu diberikan lesen khidmat sewa alat mobiliti peribadi (PMD).

Alat-alat e-skuter itu dijumpai di Bayfront Avenue, MRT Haw Par Villa dan di Beach Road, antara lokasi-lokasi lain yang turut dikesan.

LTA sudah hantar surat kepada Neuron Mobility pada Julai 2018, bagi memaklumkan syarikat itu tidak boleh mengendalikan khidmat sewa e-skuter tanpa memiliki lesen. Ia turut menghantar surat dan emel serupa kepada Telepod pada Mei tahun lalu dan sekali lagi pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga Februari tahun ini, para pegawai penguatkuasaan masih menemui alat-alat dari kedua-dua syarikat itu ditawarkan kepada orang awam.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita