Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 syarikat disiasat atas penipuan skim pelaburan logam nikel

Jabatan Ehwal Komersial (CAD) sedang menyiasat dua syarikat yang didakwa melakukan penipuan dalam skim pelaburan logam nikel.

Anggaran Waktu Membaca:
2 syarikat disiasat atas penipuan skim pelaburan logam nikel

Petikan gambar laman Envy Asset Management, salah satu syarikat yang disiasat.

Diterbitkan : 20 Feb 2021 12:46PM Dikemas Kini : 20 Feb 2021 12:48PM

SINGAPURA: Jabatan Ehwal Komersial (CAD) sedang menyiasat dua syarikat yang didakwa melakukan penipuan dalam skim pelaburan logam nikel.

Demikian menurut polis semalam (19 Feb).

Seorang lelaki, yang merupakan pengarah di kedua-dua syarikat, juga sudah ditangkap.

Envy Asset Management dan Envy Global Trading disyaki menyalahgunakan dana yang dikumpulkan yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kegiatan perdagangan komoditi menggunakan nikel.

"Para pelabur dijanji pelbagai pulangan, bergantung kepada skim yang disertai. Siasatan dijalankan kerana timbul rasa curiga terhadap wang para pelabur yang disalahgunakan," menurut polis.

Menurut polis, para pegawainya menangkap lelaki berusia 34 tahun itu kerana disyaki menipu.

Salah satu syarikat, Envy Asset Management, sudah dimasukkan ke dalam Senarai Waspada Pelabur di laman Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sejak 19 Mac 2020.

Senarai itu, menurut MAS, menunjukkan "orang yang tidak dikawal selia, berdasarkan maklumat yang diterima MAS, mungkin disalah anggap sebagai berlesen atau tertakluk di bawah MAS".

Sehingga hari ini, laman syarikat itu, masih belum siap.

PELABUR DIMINTA BUAT ADUAN POLIS

Polis menasihatkan sesiapa saja yang sudah melabur dengan Envy Asset Management atau Envy Global Trading supaya membuat aduan polis secara online atau di balai polis.

"Untuk membantu kami menyemak aduan anda, anda perlu nyatakan dengan jelas: Nama dan butiran untuk menghubungi kakitangan Envy Asset Management atau Envy Global Trading yang anda hubungi (dan) tarikh serta jumlah pelaburan dan sebarang pengeluaran wang," menurut polis.

Mereka yang membuat aduan polis juga perlu melampirkan salinan dokumen-dokumen seperti perjanjian pelaburan, penyata bank, resit dan borang pemindahan dana bank.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan