Skip to main content

Singapura

2 syarikat binaan didenda S$100,000 rosakkan saluran air PUB

Dua syarikat binaan didenda lebih S$100,000 kerana merosakkan saluran air PUB.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Jul 2019 04:02PM Dikemas Kini : 02 Jul 2019 09:11PM

SINGAPURA: Dua syarikat binaan didenda lebih S$100,000 kerana merosakkan saluran air PUB.

Kejadian-kejadian itu menyebabkan pembaziran sekitar 1.6 juta liter air yang boleh diminum.

Salah satu syarikat itu ialah Ground Instrumentation and Engineering.

Kerja menggerudi yang dilakukannya di Raffles Country Club pada Ogos lalu sudah terkena saluran air utama hingga menyebabkannya berlubang.

Paip itu mempunyai garis pusat berukuran 2,200 milimeter.

Menurut PUB, kejadian itu merupakan kes kerosakan saluran air utama yang terbesar didakwa di mahkamah.

Syarikat itu juga tidak mendapatkan kelulusan pelan dari PUB.

Ia didenda S$54,000 iaitu jumlah tertinggi setakat ini bagi kes merosakkan saluran air utama.

Syarikat Sato Kogyo pula didenda S$48,000 kerana merosakkan saluran air utama di Upper Thomson Road pada 2017.

Kejadian itu sudah menyebabkan gangguan bekalan air bagi 13 penduduk di kawasan berhampiran.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita