Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 suspek serangan di Boon Lay akan didakwa esok; gunakan pisau roti untuk serang mangsa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua lelaki akan didakwa pada Sabtu (9 Apr) atas tuduhan menggunakan pisau roti untuk menyerang dua lelaki lain di Boon Lay Drive.

Polis membawa kedua-dua lelaki itu yang berumur 19 dan 20 tahun ke tempat kejadian pada tengah hari Jumaat (8 April).

Siasatan awal menunjukkan bahawa kedua-dua mangsa yang berusia 22 dan 23 tahun mengalami pelbagai kecederaan di kepala serta kaki dan tangan mereka. Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri, menurut polis.

Kedua-dua suspek didakwa melarikan diri dari tempat kejadian dan membuang senjata yang digunakan sebelum pegawai tiba, kata polis.

Mereka akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (9 Apr) atas dua tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan cara yang berbahaya.

Polis menyatakan ia akan memohon bagi dua suspek itu ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sesiapa yang didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda atau sebatan rotan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan